masih lagi bernafas kala ini...
masih lagi mampu melaksanakan tuntutan agama...
masih lagi mampu stdy..
alhamdulillah
sedikit perkongsian utk renungan kita bersama...
dalam surah al-ghashiyah, ayat yg ke 21
ALLAH berfirman yg maksudnya,
"maka berikanlah peringatan, kerana sesungguhnya engkau ( muhammad) hanyalah pemberi peringatan"..
dalam ayat ini ALLAH menyuruh nabi muhammad s.a.w memberi peringatan kepada umatnya.. kepada seluruh manusia di muka bumi ini...
kita adalah umat kepada nabi muhammad s.a.w..
jadi secara tidak langsung ayat ini ditujukan kepada kita..
bahawasanya,
tidak dapat tidak...
sebagai manusia yg juga muslim dan mukmin...
menjadi suatu keperluan juga kewajiban kepada kita...
untuk sama2 memberi peringatan antara satu sama lain...
sama2 menegur dan memperbetul kesilapan yg dilakukan..
supaya apa,
supaya hidup ini lebih indah
lebih tersusun dan semestinya,
untuk mencapai redhaNYA..
menjadi pimpinan bukanlah bererti kita menguasai segalanya..
tidak perlu menerima nasihat dan pandangan dari ahli2
sebaliknya,
seorang pemimpin yg baek adalah yg sentiasa berlapang dada..
menerima pandangan dan idea serta kritikan dari sahabat2 kita...
kerna kadangkala kritikan itu mematangkan diri kita...
terkadang seorang pemimpin terlalu ego...
lemas dalam harta, pangkat dan kekuasaan..
lantas tidak mahu menerima teguran mahupun kritikan dari ahli..
nah maka akhirnya apa yg terjadi??
tersungkur di depan kebangkitan rakyat...
jadi kepada pimpinan2 sekalian,
sentiasalah berlapang dada...
segala nasihat dan teguran yg diberikan itu ada hikmahnya..
bukan sekadar cakap2 kosong...
maka setiap teguran itu perlu dinilai semula..
di mana silap kita sehingga ditegur begitu..
bukan melenting xtentu pasal...
moga2 ada manfaat~
selamat menjalankan amanah utk ajk2 HAK sekalian.. :)