Tuesday, December 14, 2010

ais

cuaca makin sejuk di sni
suhu hampir mencecah 8 degree
huhu...
kate senior
sepanjang 5 tahun ini yg pertama sejuk sebegini
ade benarnya
agak sejuk kali ini berbanding tahun lepas..

mge2 ALLAH mudahkan urusan kami semua ke kuliah
dan dijauhkan dari bala bencana
moga DIA mudahkan segalanya..

berkata ibnu mas'ud
"banyak kebaikan pada musim sejuk,
diturunkan padanya barakah,
dan dipanjangkan malamnya utk berqiamullail
dan dipendekkan waktu siangnya utk berpuasa"

selamat beramal =)

Wednesday, December 1, 2010

why don't u rape me?

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

**************************************************************************************************************************************

dipetik dari harakah daily..

mge ad manfaat

Sunday, November 28, 2010

kapal




arini mahu kongsi sedikit pasal tazkirah hari ini..
agak menarik bagi ak...
mengenai kisah nabi yunus..
yang ditelan oleh seekor ikan yang sangat besar..

nabi yunus ditelan oleh ikan tersebut setelah baginda meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah..
ALLAH sangat sayangkan hambanya..
lantas nabi yunus diundi utk terjun dari kapal yang dinaikinya setelah kapal tersebut terlebih muatan.

menyedari yang ujian yang menimpa adalah merupakan teguran ALLAH terhadapnya, baginda lantas menyesal dan memohon keampunan dari ALLAH.
pada akhirnya nabi yunus berjaya keluar dari perut ikan i2

*********************************************************************************

moral pada kisah ini adalah ;
1) Allah sangat sayang akan hamba2Nya namun hamba2Nya sering lupa akan DIA
2) ALLAH mendatangkan sesuatu ujian i2 adalah utk menyedarkan dan memberi pengajaran kepada hamba2Nya
3) Dakwah adalah sesuatu yang perlu diteruskan kerna ia adalah perjuangan para nabi2 terdahulu
4) yg paling penting, redha akan ujian dan dugaan yang mendatang kerna pasti ada hikmah disebaliknya...

selamat beramal.. =)

Monday, November 22, 2010

mengenang kesyahidan



tiba-tiba hati ini tergerak untuk mengetahui lebih mndalam mengenai tragedi memali.
sblom ini hanya pernah mndengar sahaja tetapi tidak mengetahui dengan mendalam ape yg terjadi sbnanrnya..
lantas ku buka wikipedia utk mencari general idea mngenai peristiwa ini..

ni sedikit maklumat yang boleh dikongsi bersama..

-berlaku pada 18 dan 19 november 1985
-berlaku di kampung memali, baling, kedah
-berlaku antara ulama tersohor, ibrahim libya dengan pihak berkuasa
-ibrahim libya dikatakan membawa ajaran sesat dan harus dihapuskan
- lantas operasi hapus digerakkan
-kampung memali dikepung sehari sebelom operasi dengan kawalan 2 buah kereta perisai
-kebanyakan anggota polis menyangkakan yang mereka akan menentang komunis kerana baling merupakan kubu kuat komunis
-ibrahim libya mendapat maklumat mengenai pihak polis yang mengepung kampung tersebut
-mereka mengadakan bacaan yassin dan solat hajat seperti pahlawan2 islam yang terdahulu
-madrasah tempat ibrahim libya selalu memberi ceramah diserbu
-berlaku pertempuran antara pihak polis dan ibrahim libya serta penyokongnya
-ramai pengikut ibrahim libya terkorban termasuk dirinya
-ibrahim libya dikatakan ditembak dengan berpuluh2 tembakan
-seluruh penduduk kampung ditahan bg menutup mulut
-fatwa negeri kedah megatakan bahawa mereka yang mati adalah mati syahid..


i2 lah sedikit sebanyak yg dapat ku kongsikan pada semua mengenai tragedi memali ini..
bak kata faisal tehrani, kesyahidan i2 perlu dikenang.. oleh semua... supaya ia mampu menjadi pembakar semangat pada kita semua.. bahawa islam pada hari ini makin kelam.. dan perlukan jiwa dan raga kalian semua utk sama2 bangkit memperjuangkan islam. mge2 ALLAH rahmati mereka2 yang berjuang pada jalanNYA. al-fatihah utk semua yang terkorban.. mge jannah menanti mereka.. amin~

as syahid ibrahim libya

aku tinggalkan dikau demi ALLAH

Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.

Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!

Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.

- Artikel iluvislam.com

Friday, November 19, 2010

seminar ibadat pesakit

pada tanggal 12 n 13 nov.. diadakan seminar ibadat pesakit kali ke 2 yang bertajuk 'perbidanan dan sakit puan'. ak telah menjadi setiausaha bagi seminar ni... perancangan dibuat 3 bulan awal... berada dalam AJK pelaksana program ni sangat best sbb bg peluang kat ak tok lihat cara org2 hebat bekerja.. perancangan dorg sangat teliti... setiap mggu akan ad meeting tok update kerja.. mmg pengalaman yg sangat best

seminar ni len dari yg sblomnye.. sbb ade 3 org pembentang yg dibawa dari msia.. 2 org doktor pakar sakit puan n sorg ustaz dalam badan mufti selangor..

overall program ni best.. sbb dapat tau banyak hukum2 yg slame ni ak xpenah tau pun.. n modul die pun nice.. mge2 para peserta dapat manfaat dari seminar ni....



antara pembentang kertas kerja

dr dari msia

barisan AJK pelaksana

ajk pelaksana yg xmature.. =)

Sunday, November 14, 2010

matruh



sehari lepas abis seminar ibadat pesakit
ak n syahdan telah diminta tok jd musyrif
dak2 pompuan batch ak g matruh
ak n dan sendiri xpenah g sane..
tp sebab dak2 ni mntak tolong
kiteorg pun g gak la..
malam sebelom 2...
search kat internet pasal matruh 2..

pakcik driver tremco 2 sangat2 baik
xmacam org2 arab yg lain
ade 4 tempat yg kiteorg g
kubu german
hamam cleopatra
pantai ajibah
suk libya

kubu german ni kubur sebenarnye
tempat lebih 4300 askar german, italy n england terkorban
tp sejarah yg betol2 xsure..

hamam cleopatra ni lak..
tempat cleopatra mandi
smart gak..
kat tengah2 pantai
kne redah pandai br sampai hamam die

pantai ajibah ni..
pantai 7 warna..
sangat cantek..
ag cantek dr pulau tioman
tp kiteorg xjmpe pun 7...
5 jek...
haha

last skali g suk libya
xde pape yg menarik...
biase jek..
cam kedai2 kat alex...

overall..
nice gak ar trip ni..
walaupun last minute...
hoho..
thanx 2 all... =)






akhawat2 2nd year yg follow trip ni

pantai ajibah
hamam cleopatra

kubu german

Thursday, November 11, 2010

lafaz yg tersimpan..


luluh hatiku yang sayu
menatap wajahmu tenang dalam lena
kasih zahirkan laku
sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

dan raut tuamu membekas jiwaku
meredakan rindu mendamaikan kalbu
tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
biarpun ku redah seluruh dunia
mencari gantimu

betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

masih kubiarkan waktu
melarikan lafaz kasihku padamu

mengapakah sukar menysun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

apakah yang hilang andai dilisankan
bait penghargaan penuh kejujuran
tak mungkin terlihat cinta yang merona
jika hanya renungan mata yang bersuara
bukan tutur kata

tiada lagi ertinya pegucapan
andai akhir nafas di hujung helaan
sebelum mata rapat terpejam
usah biar kehilangan
menggantikan lafaz yang tersimpan






Sunday, November 7, 2010

pengalaman~

Khusus buat:

  • Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
  • Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas

Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.Anak-anakku,

Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.

Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!

Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.

Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui. Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.

Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.

Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.

Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,

Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.

Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!

InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.

Dr.Har


*diambil dari facebook.. mge2 ade manfaat.. =)

Tuesday, November 2, 2010

perjuangan

hidup ini merupakan suatu perjuangan...
perjuangan ini bukan semata2 dengan mengangkat senjata, malahan skopnya pada hari ini sangat meluas.. perjuangan i2 boleh ditakrifkan sebagai keinginan utk mencapai sesuatu matlamat..
contohnya, seorang pelajar perubatan sudah tentu perjuangannya adalah utk mnjadi seorang doktor. seorang striker dalam pasukan bolasepak sudah tentu perjuangannya utk mencipta jaringan. seorang yg sedang bercinta maka perjuangannya adalah utk bersama pasangannya hingga ke akhirnya.

namun perjuangan ini bukan perkara yg mudah. perlu disertai dengan pengorbanan.. bukan perjuangan namenya andai tiada pengorbanan.. contoh amat mudah.. kita sbagai pelajar perubatan di bumi mesir, apa bentuk pengorbanan yg kita lakukan?? berjauhan dengan keluarga, demi segulung ijazah. striker dalam pasukan bolasepak, apa pengorbanan yg dilakukan?? berlatih sepenuh masa utk memastikan sepakannya menerjah jaringan.

namun, sbenar2 perjuangan i2 adalah utk kita sama2 berjuang demi agama ALLAH yg satu.. sejarah membuktikan betapa orang2 yg terdahulu sebelom kita berjuang demi memastikan kalimah ALLAH i2 berkumandang.. lihat sahaja pada bilal bin rabah. bagaimana beliau sanggup dihukum dek kerana hanya menyebut kalimah "ahad" yg bererti satu.. pernah beliau mengeluh dan mengalah?? tidak sesekali..

lihat bagaimana kaum muhajirin, sanggup mengorbankan harta dan keluarga semata2 demi menyahut seruan islam. kita pergi pada dunia masa kini...
lihat sahaja bagaimana org2 islam di iran mengubah corak pemerintahan negaranya?
dari sebuah negara monarki kepada sebuah republik.. apa yg mereka korbankan?? nyawa.. semata2 utk sebuah negara islam yg merdeka...
di acheh, kalian sedia maklum bagaimana perjungan rakyat acheh yg dipelopori oleh GAM menuntut sebuah negara islam yg merdeka.. ape yg dikorbankan? sudah tentu nyawa...
beralih pula pada negara yg kita cintai.. malaysia...
sahabat2 sudah tentu masih ingat pada sejarah negara kita. bagaimana rosli dhoby mengorbankan nyawanya.. pada usia semuda 16 taun.. demi sebuah kalimah agung, "merdeka".
juga bagaimana dato bahaman, maharaja lela, mengorbankan masa muda mereka demi sebuah kemerdekaan..

namun kita.. apa yg kita korbankan demi perjuangan islam?? dengan fokus pada stdy sehingga tidak menghiraukan sahabat2 lain ? dengan mengorbankan mase menunggu kekasih utk jalan berdua2 balik dari kuliah? dengan bersolek lame di depan cermin utk menanyangkan perhiasan pada org yg x sepatutnya??

pada pengakhirannya, sahabat2 ingatlah pada sebuah hadis yg bermaksud.

"sesiapa yg mengucap kalimah lailaha illallah, maka dia adalah daie"..

dan saya tinggalkan sahabat2 dengan dua persoalan..
1) sehebat dan sejauh mane pengorbanan sahabat2 demi perjuangan islam?
2) andai kata sahabat2 tengah bersama keluarga, tiba2 kalian mendapat panggilan yg memerlukan kalian berjihad.. sanggupkah kalian??
tepuk dada tanya iman..

jaulah kaherah


salam..
da lme rsenye xupdate mnde alah ni..
erm...
post kali ni simple..
just pasal jaulah ak n dak2 1st year ke kaherah..
disebabkan mereka2 ni sume terus datang alex dlu...
jd PERUBATAN buat jaulah utk dorg2 sume..

tempat yg dorg2 g...
same cam kiteorg 1st year dlu..
cume dorg xsempat nk masok masjid imam syafie, masjid 4 mazhab n masjid rifaie
i2 pun disebabkan oleh masalah birokrasi arab..
hoho..
mge sume berlapang dada....






dengan ustaz azraie, musyrif kami....


bersame pengerusi PCI..


3 generasi kepimpinan integomb. =)

Thursday, October 28, 2010

...

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada
)".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

"
Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa
(baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa
(hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan
Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.


Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa
Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah
(e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang
tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja,
(tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya :
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal
: "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

mge ade pengajaran tok kita semua.. =)

Wednesday, October 27, 2010

peringatan bersama

  • Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam, yaitu 1)bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam; 2)bila ia memanggilmu penuhilah; 3)bila dia meminta nasehat kepadamu nasehatilah; 4)bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah (artinya = semoga Allah memberikan rahmat kepadamu); 5)bila dia sakit jenguklah; 6)dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)". Riwayat Muslim

    credit 2 she.. :)

  • Wednesday, October 13, 2010

    =)



    akan berpindah ke rumah baru tidak lama lagi..
    alhamdulillah.. =)

    Tuesday, October 5, 2010

    ...

    hidup membujang di bumi mesir...
    bukan sesuatu yg mudah..
    perlukan kekuatan dan kesabaran
    pada tahap tertinggi...

    berurusan dengan bangsa mesir...
    bukan sesuatu yg mudah...
    sangat perlu bertolak ansur dan bersabar...

    ku pohon kekuatan dariMU
    agar dapat mengharungi dugaan yg selalu kunjung tiba
    moga kejayaan bersama orang2 yang sabar.. =)

    Monday, September 20, 2010

    saat i2

    hari ni sudah 21 sept...
    berbaki 7 hari lagi..
    sebelom pulang semula ke mesir..
    dan menyambung kembali pelajaran...
    sudah naik ke taun 2....
    sudah jadi senior...
    umur taun depan bakal menerjah ke 20...
    sudah tiada lagi 1 di depan....
    semakin meningkat usia..
    sepatutnye smakin matang..
    dan smakin bertambah amal..
    begitukah aku???
    tepuk dada tanye iman

    sungguh,...
    masa2 yang sudah berlalu tidak mungkin kembali...
    raye taun ini agak terase..
    masakan tidak..
    adek lelaki dan abangku...
    termasuk diriku mengambil medik sebagai karier..
    masa utk bertemu semakin kurang..
    abagku di monach malaysia..
    bakal ke australia pada tahun akhir pengajian..
    adekku di KMB..
    persediaan ke ireland insya allah...
    da ak sndiri di mesir..

    kawan2 skola sudah lame tidak ketemu..
    masing2 sudah sibuk dengan bidang yg diceburi...
    masa cuti pula tidak sama....
    menyukarkan lagi keadaan...
    dan ade yg tidak pulang..
    beraye di perantauan..

    walau macam mana sibuk pun kite...
    walau sudah lame tidak ketemu..
    yg penting...
    ingatan i2 masih ada..
    memori2 masih bertapak di minda...
    moge2 ALLAH tetapkan ukhuwwah ni..
    tok selamanya... =)

    Friday, September 17, 2010

    sanah helwa


    salam..
    post pendek je tok kali nih..
    SANAH HELWA kat sedare ak sorg nih..
    SALSABEEL....
    Mge pnjg umo murah rezeki..
    dan sntiasa dalam lindungan ALLAH..
    hope 2 see u fly 2 japan soon... :)

    p/s : sori men amk jek gamba ko.. jgn mara.. :p

    Tuesday, September 14, 2010

    RAYA,.

    SALAM AIDILFITRI......
    MAAF ANDAI ADA TERKASAR BAHASA,
    TERSILAP BICARA,
    TERUNGKAP MADAH2 BERBISA...
    MOHON DIMAAFKAN......
    =)

    Saturday, September 4, 2010

    rosly dhobi...



    beberape hari lepas...
    baru menonton sebuah rancangan tv..
    SUATU KETIKA : ROSLY DHOBY, PEJUANG ATAU PEMBUNUH...
    rancangan yg menarik...
    mengisahkan mengenai hidup seorang pejuang tanah air...
    yg sanggup mengorbankan hidupnye demi sebuah kemerdekaan...

    rosly dhoby
    seorang yg pendiam....
    dan sangat menghormati orang tue...
    sangat mengikuti perkembangan nasionalisma....
    atas sifat2nya i2...
    ahli2 rukun 13 mengambil keputusan utk memintanya melaksanakan misi mustahil...
    membunuh sir duncan stewart...

    die berjaya membunuh sir duncan stewart i2...
    dan pada akhirnya die dan ahli2 rukun 13 yg lain dihukum gantung...
    mayat mereka ditanam di penjara di sibu...
    setelah beberapa puluh tahun...
    akhirnya jenazahnye dapat dikeluarkan dan dikebumikan semula dengan upacara penuh penghormatan...

    ade teori yg mengatakan die tidak mati dibunuh..
    sebaliknye dibawa ke britain..
    atas permintaan balu duncan stewart..
    yg mahu melihat pembunuh suaminya...
    tidak dapat dipastikan teori mane yg sebenarnye2...

    pada surat yg terakhirnye..
    rosly memohon agar jasadnya diabadikan bersama2 panji2 negerinye....
    dan die mempunyai seorang kekasih..
    yang sehingga hari ini tidak berkahwin..
    demi tulus cintanya pada rosly...
    moge2 ALLAH merahmati dan menepatkan rosly dalam kalangan org2 beriman...
    al-fatehah..

    p/s : da rindu sangat pada subjek sejarah... huhu..

    Sunday, August 29, 2010

    merdeka

    salam kemerdekaan utk sume...
    esok...
    genap 53 taun tanah air kita MALAYSIA menyambut kemerdekaan..
    tarikh keramat kepada pembebasan dari taklukan penjajah.....
    tarikh di mana rakyat tanah melayu mampu mengurus tanah ari mereka sndiri..

    namun...
    bebaskah kita sebenarnye???
    mental, fizikal dan rohani kita..
    kes pembuangan bayi berleluasa....
    zina di mana2.....
    rasuah semakin berkuasa.....
    merdeka kah kite??
    tepuk dada tanya iman.... :)

    Thursday, August 19, 2010

    congratz


    salam..
    just nk cakap...
    CONGRATZ kat due org membe sekelas ak nh....
    SITI KHADIJAH MAZLI n IZZATI ALIAH SHAHAR...
    for the outstanding final result in MSU pre-medic course..
    seems that u guys will fly soon...
    to poland if i'm not mistaken..

    remember....
    how far all of us,
    5thfivers are stdying..
    nothing can break our bond...
    n the memories that we had created together...
    gudluk....



    aliah yg bertudung merah..





    dijah tiga dari kanan....

    may our frenship last forever...

    Wednesday, August 18, 2010

    making choice...

    'life is always about making choice...'

    benar...
    kehidupan ini sentiase begitu....
    sentiase perlu membuat keputusan...
    masakan tidak...
    baru sahaja membuka mata di pagi hari...
    perlu memilih....
    baju utk dipakai.....
    ape yg perlu dibuat sepanjang hari..


    dalam memilih pasangan pun begitu...
    sangat perlu membuat satu keputusan tepat..
    yang barangkali akan melukakan yg lain...
    but that's life.....
    need 2 make a choice...
    agak sukar utk membahagiakan sumue org....
    tersalah pilih....
    hoho..
    porak-peranda rumah tangge...

    begitu juga dalam menyalur sumbangan...
    perlu meneliti dan memilih badan2 amal yg betol2 menyalurkan bantuan....
    tersalah pilih...
    masuk poket org yg x amanah...

    beginilah kehidupan....
    sentiase perlu membuat keputusan....
    n kite perlu membuat keputusan yg sebaik2nye...
    bukan sekadar berlandaskan akal dan nafsu semata2...
    namun al-quran n sunnah lah sebaik2 tmpat rujukan...
    moge2 DIA mudahkan...


    Monday, August 16, 2010

    medik


    salam ramadan kareem..
    alhamdulillah.....
    mase cuti yg agak pnjang....
    jd perlu dimanfaatkan sebaik2nye...
    so..
    ak pun dah abiskan novel kedue sejak ak balik msia nih...
    denyut kasih medik...
    ditulis oleh seorang doktor...

    hmm..
    kesimpulannye....
    utk bakal2 doktor2...
    sangat sesuai utk bace buku nih..
    persediaan utk menghadapi dunie sebenar....
    moge2 ade manfaat... :)

    Thursday, August 12, 2010

    sunan


    alhamdulillah...
    selesai sudah membace buku nih...
    CINTA SUFI.
    karya RAM...
    buku yg keempat selepas bagaikan puteri, cinta sang ratu n hijab sang pencipta...

    watak utamanye laksamana sunan..
    seorang yg soleh...
    n hebat dalam ilmu persilatan...
    hope dapat jadi cam die..
    hoho..
    seorang yg sangat penyabar..
    sangat mnat karekter nih..
    walaupun sekadar fantasi...


    awan,
    kalau dapat kucapai..
    maka saktilah hamba...

    Wednesday, August 11, 2010

    ramadan

    ramadan menjelma lagi..
    alhamdulillah...
    masih diberi kesempatan utk merasai ramadan kali ini....
    masuk ari kedue...
    cam bese je pose....
    xde rase pape yg lain...

    result pun dah kuar...
    alhamdulillah..
    lepas sume module..
    but still xleh dapat excellent...
    kene muhasabah diri balik..
    bayak ag cara stdy yg kene betolkan...
    latest news..
    sume dak2 umah xtukar tiket...
    so insya allah akan balik ke mesir 28 sept...

    buat sahabat2 yg ade repeat module...
    harap redha dengan ujian yg ALLAH berikan..
    moge2 ALLAH membalas dengan ganjaran yg berlipat kali ganda...
    moge2 ALLAH mudahkan urusan kalian...

    RAMADAN KAREEM ~

    Sunday, August 8, 2010

    sweet memory





    beberape ari lepas..
    akhirnye dapat gak menjejakkan kaki kat integomb...
    ak datang awal sehari dari yg len..
    sbb nk jmpe junior2...
    exp. junior2 form 5..
    junior yg paling close ngan ak...
    dari form 1 kiteorg jage dorg..
    besar da dorg sume..
    cam xpercaye je...

    ptg 2 dorg xde exam..
    do ak lepak ngan dorg sampai ptg...
    malam 2 g umah MISS AIN..
    tdo sane....
    best2..

    next day..
    yg len2 datang..
    dari mesir, russia, france...
    n ade yg br nk fly....
    jmpe ngan ckgu2...
    hmm..
    ade yg da pndah...
    n bakal berpindah...
    ak terpk..
    beberape taun ag...
    kalau datang...
    xtau ade yg kenal ag ke x...
    since last batch yg kenal kiteorg da form 3...
    yg form 1 n 2 xsempat..

    lastly...
    moge2 ALLAH tetapkan ukhuwwah ni kekal di jalanNya hingga bertemu semula di jannahNya..
    miss u guys....





    grup ak tyme dorg form 1.. xsume ade...





    membe2 dari seluruh pelosok dunia..

    cikgu saidah belanje makan.. thanx~


    dengan cikgu2 form 5 yg penah mengajar..











    Saturday, July 31, 2010

    yang diingini xsemesti dimiliki...












    piala ini.......
    hampir sekali menjadi genggaman warga integomb...
    sangat hampir...
    pabila pasukan bahas bahasa melayu melayakkan diri ke pentas akhir.....
    bertemu pasukan SDAR....

    namun....
    takdir menentukan segalanya....
    yang diingini xsemesti akan dimiliki....
    ak xdapat datang memberi support....
    sbb da plan ngan membe2 len nk datang mggu depan....
    sekadar mendoakan dari jauh...

    at last....
    keputusan kuar....
    cikgu sms ak....
    INTEGOMB TEWAS....
    tewas di tangan yg lebih layak mungkin...

    to my juniors...
    u had done well....
    congratz.....
    eventhough kalah...
    tapi all of u the best...
    proud 2 be integombians.....
    now n forever....






    Sunday, July 25, 2010

    tanah melayu...

    masuk ari nih, cukup 3 ari ak slamat sampai kat msia...
    rindu gak lame xbalik...
    almost 1 year...
    hmm...
    setinggi2 kesyukuran kepadaNya kerna memudahkan urusan kami semua.....
    moge2 cuti 2 bulan nih dapat dimanfaatkan sepenuhnya...

    n surat attachment da ade da....
    tapi rse cam malas lak nk wat...
    hmm...
    tgk kawan2 camne...
    kalau ramai buat..
    insya allah ak wat gak..
    n utk kawan2 yg xbalik....
    hmm....
    moge2 ALLAH mudahkan segala urusan.....
    that's all......
    salam....

    Tuesday, July 6, 2010

    love..


    "Cintailah kekasihmu dengan sederhana saja, boleh jadi kelak dia akan menjadi musuhmu, dan bencilah musuhmu dengan sederhana saja, boleh jadi suatu saat dia akan menjadi kekasihmu." (Hadis Shahih at-Turmudzi)

    dan ALLAH juga sudah berfirman di dalam kalamNYA

    "Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga). (An-Nur, 24:26)

    ade yg bertanye....
    abis kalo cam2.... yg jahat ngn yg jahat ar.. camne dorg nk berubah...

    sebenarnya....
    ade maksud tersirat daripada firman ALLAH..
    sebenarnya, daripada ayat ni,...
    pe yg kita boleh amik pengajaran...
    utk mendapatkan "si dia" sbagai pasangan idup...
    kita sendiri perlu perbaiki diri...

    kadang2 kita sering berhajat..
    ak nk isteri solehah...
    nk yg pakai tudung labuh...
    cantik..
    berakhlak....
    pandai...

    kalo yg perempuan lak...
    nk yg ade agama..
    boleh bimbing dorg...
    yg pandai...
    berakhlak..

    senang cter sume menginginkan yg sempurna sebagai pasangan hidup...
    namun..
    sedar xsedar...
    kita sendirir perlu menjadi yg terbaik..
    utk mendapatkan yg terbaik...
    sbb 2..
    saidatina fatimah mendapat saidina ali sebagai pasangan hidup...
    kerna kedua2nya adalah yg terbaik utk pasangan mereka..

    dan hadis 2 plak membicarakan tntang cinta..
    yg mane kita perlu bersederhana dalam bercinta..
    sbb..
    kita merancang..
    ALLAH juga merancang..
    dan sudah pasti perancanganNya adalah yg terbaik...
    justeru..
    takut2..
    kalau tertalu taksub dengan cinta...
    andai kata..
    ALLAH takdirkan "si dia" bukan utk kita...
    kalau sudah terlau taksub...
    macam2 bole jadi rasenye..
    sampai mungkin ke tahap membununuh diri...

    kesimpulannya...
    sentiase cube perbaiki diri..
    agak kita layak mendapat "si dia"....
    tapi perbaiki diri bukan sbb die..
    sekadar booster mungkin..
    tapi berubahlah kerna DIA yg ESA...
    insya allah DIA mudahkan....

    "jangan kalian dambakan cinta sehebat fatimah andai diri tidak sehebat ali...
    dan jangan kalian impikan cinta yg teragung andai kalian belum mencintaiNya melebihi segalanya...."

    p/s : credit kat senior yg bg idea utk tulis nih... thanx!



    Sunday, July 4, 2010

    ......

    klik link dibawah...


    benar...
    ALLAH mampu melakukan ape sahaja yg dikehendakinya....
    walaupun kadang2 janggal pada akal pemikiran kita...

    moge2 ade pengajaran..

    Tuesday, June 29, 2010

    section 1




    section 1

    alhamdulillah....

    27 jun ari2...
    merupakan ari terakhir bersama section satu...
    sbb taun depan kemungkinan besar akan rombak section...
    kalo ikut hati..
    mmg xnk tukar..
    sbb dah selesa sama2...
    tapi..kita merancang...
    ALLAH juga merancang..
    dan perancangan ALLAH i2 adalah yg sebaik2nya..
    dan tarikh 2 jugak..
    secare rasmi berakhirnye tugas ak...
    sbg ketue section..
    dah hampir setaun jd ketue section satu..
    macam2 ragam n perangai ade...
    but...
    it was a nice n good experienced....
    n i won't forget it...
    moga2 ALLAH kekalkan ukhuwwah ini hingga ke akhirnya...
    ke anak cucu barangkali...
    n thanx guys for the unforgettable memories...
    really2 appreciate it...

    group A

    ni grup ak...
    grup A section 1
    grup yg bg ak sangat2 hebat...
    macam2 ragam ade....
    grup assignment ngan dorg...
    tutorial skali...
    plus sume dak2 ikip...
    hope ukhuwwah will last forever......

    lastly...
    sabda rasulullah s.a.w...

    "tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana die mengasihi dirinya sendiri"....



    Saturday, June 19, 2010

    girl..

    salam...
    diambil dari blog abg ak...
    hope there will be sumting u can get from it...
    .....................................................................................................................................................................
    A girl come to asked something to me.

    Girl : Would you let me go?

    I stood there while thinking. For a moment we stood there in silence.

    Me : Did you asked me as a friend or as a man?

    Girl : Would it be of any different?

    Me : Yes it is.

    Girl : Then give your answer as a man.

    Me : Please don't go. Because i love to be around you. You make me smile and feel comfortable. You make me feel warm and feel beloved. Your smiles make my day, and your happiness make me happy too. It has been long since someone do that to me. Way too long.

    Girl : What is your answer as a friend?

    Me : Go. Do whatever that you really want to do. Go and chase your dreams. Fullfill it. You don't want to regret for not chasing your dreams. What me or others think really are not important. It's your life now. Your happiness count most. Not mine. Or others.

    The girl had nothing to say. She stood there silently, looking to the ground.

    Me : And remember one thing. Whatever that makes you happy, will make me happy too. Promise me one thing. Whatever you do, please ensure you're happy doing it. This is my answer as a man and as a friend. Promise me will ya?


    Frankly, i don't know how the story is gonna end. I think i shall wait and see. And hope for the best. Now, it is up to you to decide, GIRL.

    Monday, June 14, 2010

    curiosity.

    seorang sahabat pernah mengutarakan kata2 ini....

    "curiosity kill the cat"

    ak stuju dengan kata2nya..
    kadang2....
    keinginan kita utk mengetahui sesuatu benda i2 akan meletakkan diri kita dalam bahaya...
    kadang2...
    kita tidak perlu mengetahui segala mcam perkara yg berlaku di dunia ini....
    skadar perlu mengetahui yg pntg2 sahaja..
    yang ade manfaatnye utk kita...
    br ak mengerti..
    kenape ummiku semacam marah kalo ak adek beradek bace bahagian Hiburan dalam akhbar..
    kerna..
    perkara tersebut bukan suatu kepentingan...
    dan tiada manfaat ...
    silap2 membawa kepada dosa sahaja.....
    baik difikirkan naseb sahabat2 di palestin sana..
    ade baiknya...

    dan siapa2 yg pernah menonton filem "behind enemy lines"...
    kata2 ini bole diaplikasikan...
    dek kerna ingin mengetahui perkara yg tidak patut mereka tau..
    maka burnett n stackhouse meluncur dengan f-16 mereka...
    keluar daripada track rutin mereka.....
    benar...
    mereka dapat ape yg mereka nk..
    namun...
    terpaksa dibayar dengan nyawa...
    pabila pesawat mereka dikesan oleh pihak musuh...
    lantas diburu pesawat tersebut...
    n akhirnya..
    stackhouse dibunuh...

    kesimpulannye...
    kalo skalipun nk tau sesuatu....
    xperlu tunjukkan..
    pandai2 la cover....

    p/s : credit pada sahabat i2 atas kata2 nye yang begitu bermakna... thanx!