Sunday, January 29, 2012

januari 2012


alhamdulillah.. baru hari ini berkesempatan update blog..
setelah melalui hari2 yang sibuk dengan bermacam2 jenis program...
alhamdulillah jgk da lepas praktikal exam...
still 3 more papers to go..

13 januari 2012, tamat sudah tanggungjawab sebagai ketua unit kebajikan PCI..
hari itu, pertama kali disoal oleh perwakilan2 PCI.
ditanya satu persatu mengenai gerak kerja sepanjang tahun lepas...
cuba menjawab pertanyaann ahli semampu mungkin..

dan selepas sahaja pengerusi sesi 2011-2012 membubarkan kepimpinan PCI,
rasa lapang seketika..
beberapa minit...
sebelum pengerusi sesi 2012-2013 mengumumkan saf kepimpinan baru.

ALLAH izinkan lagi diri ini menganggotai saf kepimpinan baru..
kali ini sebagai bendahari pulak..
makin berat tanggungjawab dan amanah..
moga2 ALLAH mudahkan urusan sepanjang tahun ini dan tahun2 mendatang..

Alhamdulillah juga,
atas keizinan ALLAH dan dokongan sahabat2,
tertubuh jugak Alexandria Medical team (AMT)
setelah beberapa tahun ditangguhkan..
ALLAH letakkan diri ini memipin team ini.
bersama senior integomb sebagai timbalan.. =)
sambutan kali pertama ini hangat..
alhamdulillah..
namun terpaksa memilih yang terbaek..
dalam kalangan yang hebat2 kesemuanya..






dan sekarang..
tengah struggle utk final exam..
moga2 ALLAH mudahkan seluruh batch i-mumtaz utk najah semua modul..

Monday, January 2, 2012

mahasiswa

semenjak dua menjak ini, keadaan di malaysia semakin rancak..
1001 isu muncul di mana2..
baik isu politik mahupun apa jua isu.
nampak gaya macam PRU-13 hampir menjelang.. =)

suatu isu yg menyentuh rasa hati ini untuk menulis di blog ini adalah berkenaan isu mahasiswa..
isu mahasiswa yang hak mereka dinafikan bahkan ada yang ditangkap dan cedera.
isu ini boleh dikira yang paling hangat pada waktu dan ketika ini.

berbagai macam orang sudah melontarkan idea dan pandangan masing2..
ada yg bersetuju, tidak kurang juga yg membantah tindakan para mahasiswa ini..

on my point of view, sebagai orang yg masih menuntut ilmu,
ak merasakan ada pro n cons untuk apa yg dilakukan mahasiswa2 ini.

yg cons or nmpak tidak molek adalah mungkin cara mereka menterjemahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap suatu sistem yg dirasakan mengongkong mereka..
mungkin ada jalan penyelesaian yg lebih baik..

cuma yg ak tertarik adalah bagaimana pihak berautoriti menangani situasi ini..
tidak dinafikan bahawa anggota keselamatan mmg ditugaskan utk menjaga keamanan.
tp bg ak, tidak perlu sehingga mencederakan sampai ada yg ke hospital..
media rancak dengan propaganda yg mereka mencederakan diri mereka sendiri..
namun video yg dirakam pada hari kejadian mengatakan sebaliknya..

bagaimana mungkin kita nk percaya pada media massa hari ini..
sedagkan orang baling batu pun bole di'adjust' melontarkan pisau..
inikan pulak sekadar perkara kecil..

the best solution bg ak, ialah kalau xnak bg mahasiswa berpolitik, haramkan terus secara total dan mutlak.. sapa masuk politik buang universiti sebagai contoh.. masalah yg berlaku adalah bilamana mahasiswa berpolitik dalam parti yg memerintah, silakan xde masalah.. tapi bila mahasiswa berada dalam opposition parti, maka semuanya haram. xboleh.. juteru mana mungkin mahu bicara soal keadilan, soal keterbukaan, soal transformasi andai perkara ini masih dan akan terus berlaku..



apakah ini dinamakan keadilan?

hari ini mahasiswa sudah celik. boleh beza mana baik dan buruk.. bukan seperti dahulu. dikongkong dan sebagainya. justeru untuk mengelak hilangnya percaya mahasiswa pada parti memerintah, suara mahasiswa perlu didengari. sebab apa, sebab satu masa nanti golongan-golongan inilah yang akan mencorakkan negara...