Sunday, December 18, 2011

bersangka baik..

dikisahkan pada zaman nabi Daud a.s. dahulu, tinggal seorang janda yang telah kematian suami dan mempunyai beberapa orang anak. kerja sehariannya adalah menenun kain untuk dijual di pasar.

pada suatu hari, perempuan ini ingin menjual kain tenunannya di pasar. justeru die meletakkan kain-kainnya di dalam sebuah kain yg besar lalu dibungkus. sedang dalam perjalanan, tiba-tiba muncul seekor burung yg sangat besar lalu menyambar kain-kain tersebut dan dibawa terbang.

janda tersebut berasa sungguh sedih kerna hanya dengan menjual kain tenunannya itu sahaja dia mampu untuk menyara anak-anaknya..

lalu dibawa kegundahan hatinya itu bertemu dengan nabi ALLAH Daud a.s. lalu dia bertanya kepada nabi daud. "apakah tuhan engkau ini zalim? ".

nabi Daud dengan tenang menjawab, "tidak tuhanku tidak zalim".

ketika berbicara dengan nabi ALLAH daud, tiba-tiba ditakdirkan ALLAH datang 10 orang saudagar bertemu nabi Daud a.s.

nabi daud mempersilakan mereka masuk dan bertanya mengenai hajat mereka datang ke rumahnya.

salah seorang daripada mereka berkata bahawasanya mereka datang untuk melunaskan nazar mereka, iaitu memberi 100 emas setiap seorang dari mereka kepada nabi Daud, supaya diberikan kepada orang yg memerlukan.

lantas nabi Daud menanyakan mengapakah mereka bertindak sedemikian.. lalu mereka menceritakan..

ketika mereka dalam perjalanan pulang dari berdagang, kapal yang dinaiki mereka dipukul ombak yang kuat beserta angin. lalu kain layar mereka rosak teruk. mereka sudah bernazar bahawasanya seandainya mereka selamat mendarat, mereka akan memberi 100 emas sebagai nazar.

lalu ditakdirkan ALLAH, seekor burung yg besar mencampakkan kain-kain tenunan kepada mereka.. lalu mereka menggunakan kain tersebut untuk dibuat kain layar dan akhirnya mereka selamat sampai.

nabi Daud lantas berpaling kepada perempuan itu dan mengatakan, "sesungguhnya tuhan ak tidak zalim" dan menyerahkan emas-emas tersebut kepada perempuan itu.


pengajaran dari kisah ini adalah, kita perlu sntiasa bersangka baik kepada ALLAH. sebab DIA tahu apa yang terbaek untuk kita. dan DIA xkan membebani sesuatu ke atas kita melainkan DIA tahu kita mampu menghadapinya.

" ALLAH tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya....." (Al-Baqarah:286)

Friday, December 9, 2011

sunan

alhamdulillah..
setinggi2 syukur ke hadrat illahi..
atas kurniaan nikmat islam dan iman dalam diri ini..
semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya..

beberapa hari lepas dapat jugak khatam buku "sutera bidadari"..
hasil karya ramlee awang murshid
karya yg sudah masuk sambungan ke 5..
katenya yg ke 6 adalah yg terakhir..
"sunan musafir" xsilap tajuknya..
xsaba menunggu..

dalam novel ini dikisahkan mengenai seorang laksamana..
bernama saifuddin jalis..
atau lebih dikenali sebagai sunan dalam kalangan orang acheh..
dalam novel2 ini,
diceritakan betapa sunan ini seorang yg sangat mentaati perintah ALLAH..
betapa die menentang kejahatan dunia kegelapan yg berada di atas muka bumi ini..
menggunakan ayat2 ALLAH..
dan juga sunan ini sehabis mungkin mencontohi sifat2 rasulullah s.a.w.

jujur berbicara,
ak mmg da tersangkut kat watak sunan nh..
sampaikan satu tahap ak rase die nh mmg ade dalam sejarah.. :D
n hopefully dapatla mencontohi sifat2 yg ade pada watak sunan nh..
walaupun die xwujud..
dan dia adalah idola ak di alam fantasi... =)
sape2 yg xpenah bace bole la try...
insya ALLAH menarik..

sebagai manusia, aku sayang padamu~ laksamana sunan..