4.45 ptg
Pada waktu dan tarikh ini, sejarah peradaban dunia moden menyaksikan yang haq teguh berdiri disebalik runtuhan yang batil. tarikh ini bakal disemat di dada2 pendokong gerakan dakwah islamiyyah.. saat dan ketika di mana dr mohd morsy diumumkan sebagai rais jumhuriyyah masriyyah yang baru.. Presiden pertama selepas revolusi pada 25 january 2011...
Yang Haq tetap akan menang
Berada dan melihat dari dekat proses pilihanraya ini cukup mengajar diri ini erti sebuah kebergantungan pada ALLAH yang satu... bermacam cara dilakukan oleh musuh2 agama ALLAH @ fulul untuk menggagalkan kehendak rakyat.. bermula dengan pengguguran calon dari Salafi (Hazim Abu Ismail) dan Ikhwan (Ir Khairat Shater) dalam round pertama pilihan raya presiden. Alhamdulillah, mereka merancang ALLAH juga merancang dan semestinya perancangan ALLAH itu yang terbaek.. Ikhwan berjaya juga menghantar calon nye iaitu Dr. Morsi... pabila pilihanraya memasuki Round off, di sini sebenarnye bermula perjuangan menegakkan yang haq.. Penipuan, beli undi, ugut, tukar IC dan bermacam lg usaha dilakukan oleh SPR dan pihak tentera sndiri bagi memastikan kemenangan Ahmad Syafiq namun semua itu tidak mampu menggugah keyakinan seluruh pendokong2 harakah islamiyyah di seluruh dunia akan janji kemenangan oleh ALLAH.
Era baru dalam peradaban Dunia moden
Sesungguhnya kemenangan ini memberi makna yang sangat besar kepada seluruh pendokong agama ALLAH terutama yang berada di Palestin. sejurus kemenangan Morsi diumumkan, rakyat di Gaza keluar bersama Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh meraikan kemenangan ini.. Kemenangan ini bermakna harapan baru untuk Palestin.. dan menjadi ancaman besar kepada Israel. Morsi semasa berkempen menyatakan dengan jelas bahawa seandainya dia diangkat menjadi Presiden, maka Masjidil Aqsa tidak mustahil utk kita keseluruhannya akan bersolat di situ.. insya ALLAH selepas dari ini tiada lagi sekatan pintu di sempadan rafah, dan akan bermula bantuan kepada rakyat Palestin yang selama ini tidak diambil peduli oleh regim yang lama
Morsi dan Ikhwan, perjuangan yang belum selesai.
Kejayaan merampas tampuk pemerintahan daripada orang2 zalim bererti Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin khususnya dan pendokong2 gerakan islam di mesir am nya bakal menempah satu jalan yang sangat sukar.. Cabaran selepas daripada ini maha hebat.. tekanan daripada Israel, US dan SCAF bakal memuncak. hanya kekuatan iman yang mampu menjadi benteng kepada segala tohmahan dan rencana musuh ALLAH..
buat yang akhirnya, sematkan ayat2 cinta dari ALLAH ini dalam hati moga2 kita terus thabat dalam jalan ALLAH.