Monday, May 30, 2011

WARM + PE

semalam
29 mei 2011
dekat asrama mara
diadakan program WARM n Palestin Evergreen
anjuran PCI :)

ape nih WARM??
WARM nih singkatan bagi We Are Real Muslim
satu program utk mewujudkan biah solehah dalam kalangan budak2 medik kat sni.
program nih adalah program yg berterusan spanjang tahun
dan ade beberapa fasa..
skang dalam fasa ukhuwwah...
program nih sangat2 bagus..
payah rasenye nk dapat kat msia program2 camni

2nd program is Palestin Evergreen
yg nih mmg best la..
bicara soal nasib saudara2 di seberang sana
yg tidur xcukup,
mandi xbasah
makan xkenyang
demi membebaskan tanah Palestin tercinta

Ya ALLAH,
kau selamatkanlah saudara2 kami di Palestin
kau gentarkanlah hati-hati musuhMU,
kau turunkanlah bala bencana kepada mereka
kau tetapkanlah hati-hati kami dalam memperjuang agamaMu,
andai kami syahid,
kau tempatkanlah kami bersama para syuhada
moga ak, keluargaku dan sahabat-sahabatku
adalah mereka yg menyumbang pada pembebasan tanah Palestin yg suci.




Friday, May 20, 2011

splendiferous night~

18 mei 2011
batch tahun 2 IUMP alexandria university
or i-mumtaz batch
buat dinner dekat alex
untuk menghargai mereka2 yg cemerlang dalam sem 1 n 2

splendiferous night...
itulah nama diberi..
it was a nice n happening dinner..
first tyme buat dinner kat negara orang..
nice la bole challenge dinner kat msia...
smat2...
bukan senang nk buat dinner kat tmpat org..

anyway syabas kat sume penerima anugerah
n utk ajk2 yg bertungkus lumus untuk majlis nih..
moga2 ALLAH balas dengan ganjaran yg setimpal..

hopefully,
untuk dinner akan datang...
ak akan jd salah sorg penerima anugerah 2...
kat skola tyme f1 jek xdapat..
kat sini xpenah dapat lg...
moga2 ALLAH beri yg terbaek.. =)



dengan rummate lame tyme kat asrama dlu~

syababul hamas :) missing that moment~

team bola ak, LC =)

grup assignment n praktikal~

IKIP yeah =)

Monday, May 16, 2011

tudung~

“Tudung wanita itu ada empat.. tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

Thursday, May 5, 2011

sanah helwa

sanah helwa
2 a good friend of mine
may ALLAH bless ur life
moga bertambah umur ini seiring dengan pertambahan amalan.
all the best in ur life.
may our frenship last forever..
=)

Saturday, April 23, 2011

terlupa~

alhamdulillah....
masih lagi bernafas kala ini...
masih lagi mampu melaksanakan tuntutan agama...
masih lagi mampu stdy..
alhamdulillah
sedikit perkongsian utk renungan kita bersama...

dalam surah al-ghashiyah, ayat yg ke 21
ALLAH berfirman yg maksudnya,

"maka berikanlah peringatan, kerana sesungguhnya engkau ( muhammad) hanyalah pemberi peringatan"..

dalam ayat ini ALLAH menyuruh nabi muhammad s.a.w memberi peringatan kepada umatnya.. kepada seluruh manusia di muka bumi ini...
kita adalah umat kepada nabi muhammad s.a.w..
jadi secara tidak langsung ayat ini ditujukan kepada kita..

bahawasanya,
tidak dapat tidak...
sebagai manusia yg juga muslim dan mukmin...
menjadi suatu keperluan juga kewajiban kepada kita...
untuk sama2 memberi peringatan antara satu sama lain...
sama2 menegur dan memperbetul kesilapan yg dilakukan..
supaya apa,
supaya hidup ini lebih indah
lebih tersusun dan semestinya,
untuk mencapai redhaNYA..

menjadi pimpinan bukanlah bererti kita menguasai segalanya..
tidak perlu menerima nasihat dan pandangan dari ahli2
sebaliknya,
seorang pemimpin yg baek adalah yg sentiasa berlapang dada..
menerima pandangan dan idea serta kritikan dari sahabat2 kita...
kerna kadangkala kritikan itu mematangkan diri kita...

terkadang seorang pemimpin terlalu ego...
lemas dalam harta, pangkat dan kekuasaan..
lantas tidak mahu menerima teguran mahupun kritikan dari ahli..
nah maka akhirnya apa yg terjadi??
tersungkur di depan kebangkitan rakyat...

jadi kepada pimpinan2 sekalian,
sentiasalah berlapang dada...
segala nasihat dan teguran yg diberikan itu ada hikmahnya..
bukan sekadar cakap2 kosong...
maka setiap teguran itu perlu dinilai semula..
di mana silap kita sehingga ditegur begitu..
bukan melenting xtentu pasal...

moga2 ada manfaat~
selamat menjalankan amanah utk ajk2 HAK sekalian.. :)

Friday, April 15, 2011

alhamdulillah~

alhamdulillah..
sepanjang dan setinggi2 kesyukuran kupanjatkan ke hadrat illahi..
atas kurniaNya yg pelbagai..
yang terlalu banyak.
hingga kadangkala membuat diri ini terleka....
terlena dalam dunia nikmat yg hanya sementara...

seminggu dua ini agak sibuk di iskandariyah..
macam2 aktiviti berlangsung...
alhamdulillah..
result juga sudah memunculkan diri..
setelah hampir 2 bulan menunggu dengan penuh kesabaran,.

alhamdulillah lulus semuanya...
sangat2 bersyukur.. sbb modul ni quite tough compare to others.
alhamdulillah ALLAH mudahkan segala urusan...

hari ini berlangsung majlis meraikan pengantin2 yg beru berkahwin ketika cuti winter + riot ari2..
barakallahukum..
moga kekal hingga ke syurga bak kata abg zainal...
kesemua 12 orang xsilap yg berkahwin...
alhamdulillah jodoh mereka sudah ketemu..

satu lagi program yg juga turut berlangsung harini...
program transisi kepimpinan PCI...
alhamdulillah...
secara rasmi sudah memegang amanah sebagai pimpinan di sini..
moga2 ALLAH bantu dalam menghadapi segala ujian dengan hati yang tenang...
bakal mengharungi minggu2 yg sibuk.. =)
moga dipermudah segalanya~

Thursday, April 7, 2011

video seks, di mana silapnya~

pilihan raya ke-10 sarawak semakin hampir..
parti2 bertanding semakin rancak menabur manifesto masing2,
dan terserah kepada rakyat utk memilih..
samada mengekalkan pemerintahan yg seusia bahkan mungkin lebig dari "hosni mubarak"..
atau memilih kepimpinan baru..
sama2 kita nantikan 16 april nnt..

bila ada pilihan raya, maka isu2 panas sudah tentu diutarakan..
jika PRK permatang pauh dahulu kecoh dengan isu sumpah laknat DSAI,
kali ini kes video seks pula menerjah kaca2 tv kita...

samada video ini suatu KONSPIRASI kotor kerajaan atau suatu KEBENARAN, kita sama2 nantikan keputusan nya...

dan ANDAI ini suatu KONSPIRASI kotor kerajaan utk memadam terus karier DSAI dari dunia politik, penulis merasakan ada beberapa kesilapan MAJOR yang dilakukan..

1) pemilihan dato' rahim tamby chik sebagai figure dalam kes ini.
siapa tidak kenal beliau??? pemimpin yg membangunkan melaka dengan begitu pesat mungkin ke hari ini.. namun sepanjang kepimpinan beliau dicemari dengan rasuah dan kes rogol... tidak bersih mungkin term yg sesuai... kerna beliau, maka agak goyang konspirasi ini utk dipercayai oleh rakyat terbanyak.. mungkin kalo orang yg merancang KONSPIRASI ini mengambil figure2 lain yg lebih bersih, mungkin kesetiaan pimpinan PKR sndiri goyang.. :)

2)video wujud hampir waktu pilihan raya.
persoalan mudah, mengapa sekarang? mengapa bilamana ada pilihan raya baru wujud kes2 pelik seperti ini?? sejarah membuktikan bilamana ada sahaja pilihan raya, pasti wujud perkara2 ini.. sekali mungkin rakyat terpedaya, namun utk kesekian kalinya, agak sukar utk rakyat mempercayainya.

3) Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai "watak utama"
sedangkan kes liwat beliau pada tahun 1998 pun banyak keraguan, inikan pula kes kedua kononnya.. ditambah pula dengan dakwaan liwat si saiful, maka perkara2 ini banyak kekurangan, banyak kesilapan dan perkara2 yg meragukan.. banyak yang bole dipertikai ditambah dengan ketidaktelusan pihak berautoriti..

4) video tersebar di youtube.
perkara ini menjadi mungkin kesalahan major dalam kes ini.. apabila video tersebar, nah rakyat terbanyak mampu menilai. kesilapan dalam video ini terlalu banyak. pada minit 0.04 ada tulisan thailand sedangkan dakwaan mengatakan video dirakam di kl... video juga dalam hitam putih dan tidak punya suara.

5) kenyataan dan pemilihan Dato' Johari
Dato Johari merupakan ahli pertama pembangkang yg menonton video ini kalo tidak salah. kesilapan yang dilakukan pihak ini adalah dengan mengumpan Dato Johari utk meninggalkan PKR dengan jaminan keluarga mereka akan selamat.. jaminan ini tidak termakan oleh beliau. dan pihak yg mengatur mungkin tersilap kerna memilih Dato Johari utk menjadi yg pertama melihat perkara i2.. mungkin kalo diminta ****, mungkin beliau termakan..

nah sesungguhnya terlalu banyak keraguan dalam kes ini.. selagi mana ketelusan pihak berautoriti dipertikai, selagi itu lah kebenaran tidak akan terbongkar... namun selama mane kebenaran itu disimpan, suatu masa suatu ketika akan terbongkar juga. kalaupun mungkin bukan di dunia ini, pasti akhirat itu sebaik2 tempat pengadilan.. ayuh bersama kita doakan moga yg hak itu tetap hak.. andai DSAI bersalah, biar ALLAH tunjukkan, dan andai segala yg berlaku ini suatu konspirasi, moga ALLAH laknat dan tunjukkan juga kebenarannya..