Saturday, January 26, 2013

day 1 ireland

DAY 1

Dublin

alhamdulillah, akhirnya sampai juga di bumi ireland. rasa macam xpercaya jek. :) pertama kali rasa travel sorg2 diri. disebabkan 2 orang lagi kawan xsama flight. sampai di airport dalam pukul 6.50 pg waktu ireland. alhamdulillah xterlepas flight.

imigresen kat ireland nh masya ALLAH leceh sangat nk lepas. macam2 kene tye. adik blaja mane, tarikh lahir adik bile, bape lame stay. smpai kene amk gambar bagai. =.= dah la sorg2, alhamdulillah lepas jugak. kuar2 kawan lama, rushdan ngan adik dah tggu. :)

sampai2 di ireland g rumah kawan sekelas, g makan die masak. perghh terbaek gila masak. thanx piah masakkan. :) then kiteorg g jalan2.

1st tmpat g trinity college, tmpat piah blaja. cantik die pnya building. style old school nye. scenery lawa. pastu masuk library dorg. yg nh mmg terbaek. macam dalam cter harry potter. tp sayang xleh amk gambar.

after that g jalan ke RCSI. college die xsecantik trinity la. hahaha. dalam tu g tgk nama wan azizah terpahat as one of the best student kat sana. bdak msia ade 2 orang jek pnah nama terpahat, die ngan ade sorg bdak 4th year skang, dapat anugerah sukan. salute sama dorg!

then g taman, jalan2. taman dia tu kalo tyme summer confirm lawa sbb tyme kiteorg g xde bunga sangat. hoho

sini gelap cepat gila. kul 5 dah gelap. so malam tu g jalan2 city jap, then makan n lepak kat rumah member.

insya ALLAH arini nh g trip ke wicklow, kawasan waterfall. :)









Thursday, January 24, 2013

:)

sekian lama blog tidak berupdate. baru masuk klinikal year. agak sibuk berbanding pre-clinical tp fun. dan juga amanah sbgi Bendahari PCI perlu dilaksanakan. insya ALLAH bakal tamat sesi 15 februari ini. moga2 dipermudahkan segala urusan.

dan kini, bakal bermusafir di bumi ireland. bumi yg tidak kurang hebatnya dari sudut tarbiyah dan dakwah. moga dapat diambil seberapa mampu 'ibrah di sana utk dijadikan pedoman dalam mengharungi hari2 mendatang.

selamat bercuti semua. manfaatkan sebaiknya dan moga ALLAH redha. :)


Wednesday, October 24, 2012

matruh~

dalam satu hadis nabi pernah menyebut yg mafhumya berbunyi 

"sekiranya kita bersahabat dgn penjual minyak wangi, sedikit sebanyak haruman nya akan terpalit pada kita, dan sekiranya kita bersahabat dengan pembuat besi maka baranya akan terkena jua pada kita"

jaulah matruh bersama syeikh muhammad, syeikh yg mengajar quran sedikit berbeza dari jaulah2 yang lain. berada dengannya sangat mendamaikan. sentiasa memberi peringatan walau dalam keadaan apa pun..





bersamanya dan lain2 sungguh bermakna. dapat mandi di tempat yg orang laen xpernah mandi, pantai doba3a, kawasan yg didiami oleh orang arab badwi. pantai nya masha ALLAH sangat2 cantik.. kalah pantai dekat malaysia..sampai dekat pantai 3ajibah mandi lg... hoho release segala tension bagai.. walaupun cam agak penat sbb perjalanan agak jauh dalam 3 jam, tp pengalaman tu yg mahal. pantai doba3a tu nh dijadikan kawasan loji nuklear.. =.= sangat rugi...

sebelah malam, g makan dekat matruh, style orang badwi.. 2nd tyme makan style badwi. pernah dlu sekali tyme berhenti dekat highway otw balek dari kaherah. macam2 info dapat tau dari syeikh dan ammu ramadan, pakcik yg bawak tramco...

walaupun dah jarang sgt g kelas quran, tp bile jmpe syeikh, die xpernah xtego. siap peluk bagai. syeikh slalu cakap, wallahi ana uhibbukum fillah. hopefully dapat jd cam syeikh, yg sntiasa melapangkan orang tanpa mengharapkan balasan...

Friday, September 7, 2012

Operasi Bakti Siswa

2-5 september 2012
seremban 2, negeri sembilan




alhamdulillah selesai sudah program AMT di Malaysia. program yg julung2 kali diadakan di malaysia. Seremban, negeri sembilan menjadi tempat bertuah utk program Operasi Bakti Siswa dijalankan.. berlangsung selama 5 hari 4 malam, program yg dirancang 2-3 bulan sebelumnya memberikan satu pengalaman yg maha hebat kepada saya dan keseluruhan ahli.

program bermula dengan pendaftaran pada ptg 2 sept diikuti LDK 1 ala2 running man pada malamnya. hari berikutnya berlangsung 3 bengkel yg dikendalikan oleh doktor2 PAPISMA yang mantap2...





hari seterusnya diisi dengan bengkel komunikasi dan aktiviti ke rumah orang tua. mula2 datang suasana suram semacam.. tp bila tiba waktu beramah mesra, memang meriah! alhamdulillah ahli2 AMT xberat mulut utk sembang dengan penghuni2 di sana.. macam2 aktiviti berlangsung. dari regu, kuiz dan akhirnya dengan persembahan dari penghuni di sana dan majlis menyambut hari lahir para penghuni. waktu malamnya pula diisi dengan perkongsian daripada dr daripada cairo U yg sudah bekerja di hospital di malaysia.






hari seterusnya berlangsung dengan aktiviti di taman. last minit punya plan, alhamdulillah berjaya juga dilaksanakan walaupun terpaksa tido 2 am tiap2 malam mencari cara menggantikan program di sekolah yang di cancelkan last minit. waktu ptg diisi dengan forum perubatan bumi vs perubatan langit. terbaek forum kali ini. sangat banyak input yg diperoleh.

hari terakhir , seawal 7.45 dah checkout dari hotel tmpat menginap. terus ke rumah kanak2 istimewa. 1st tyme pegi, gembira rasanya dapat bermain dengan adik2 di sana.. sedih pun ada bila diberitahu oleh pegawai di sana, ada bayi yg normal tp ditinggalkan family. sangkut atas pagar! =.=






supposely program rumah kanak2 istimewa abs kul 12, tp punya la tekun ahli2 nh, kul 5 baru abs.. mengecat punya pasal..

anyway, program ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan dokongan semua ahli. jazakumullah kheir pada semua atas segala bentuk bantuan yg diberikan. moga2 Alexandria Medical Team (AMT) terus maju demi ummah.. =)













Sunday, June 24, 2012

Era baru dalam dunia Islam

24 jun 2012
4.45 ptg

Pada waktu dan tarikh ini, sejarah peradaban dunia moden menyaksikan yang haq teguh berdiri disebalik runtuhan yang batil. tarikh ini bakal disemat di dada2 pendokong gerakan dakwah islamiyyah.. saat dan ketika di mana dr mohd morsy diumumkan sebagai rais jumhuriyyah masriyyah yang baru.. Presiden pertama selepas revolusi pada 25 january 2011... 


Yang Haq tetap akan menang
Berada dan melihat dari dekat proses pilihanraya ini cukup mengajar diri ini erti sebuah kebergantungan pada ALLAH yang satu... bermacam cara dilakukan oleh musuh2 agama ALLAH @ fulul untuk menggagalkan kehendak rakyat.. bermula dengan pengguguran calon dari Salafi (Hazim Abu Ismail) dan Ikhwan (Ir Khairat Shater) dalam round pertama pilihan raya presiden. Alhamdulillah, mereka merancang ALLAH juga merancang dan semestinya perancangan ALLAH itu yang terbaek..  Ikhwan berjaya juga menghantar calon nye iaitu Dr. Morsi... pabila pilihanraya memasuki Round off, di sini sebenarnye bermula perjuangan menegakkan yang haq.. Penipuan, beli undi, ugut, tukar IC dan bermacam lg usaha dilakukan oleh SPR dan pihak tentera sndiri bagi memastikan kemenangan Ahmad Syafiq namun semua itu tidak mampu menggugah keyakinan seluruh pendokong2 harakah islamiyyah di seluruh dunia akan janji kemenangan oleh ALLAH.


Era baru dalam peradaban Dunia moden
Sesungguhnya kemenangan ini memberi makna yang sangat besar kepada seluruh pendokong agama ALLAH terutama yang berada di Palestin. sejurus kemenangan Morsi diumumkan, rakyat di Gaza keluar bersama Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh meraikan kemenangan ini.. Kemenangan ini bermakna harapan baru untuk Palestin.. dan menjadi ancaman besar kepada Israel. Morsi semasa berkempen menyatakan dengan jelas bahawa seandainya dia diangkat menjadi Presiden, maka Masjidil Aqsa tidak mustahil utk kita keseluruhannya akan bersolat di situ.. insya ALLAH selepas dari ini tiada lagi sekatan pintu di sempadan rafah, dan akan bermula bantuan kepada rakyat Palestin yang selama ini tidak diambil peduli oleh regim yang lama

Morsi dan Ikhwan, perjuangan yang belum selesai.
Kejayaan merampas tampuk pemerintahan daripada orang2 zalim bererti Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin khususnya dan pendokong2 gerakan islam di mesir am nya bakal  menempah satu jalan yang sangat sukar.. Cabaran selepas daripada ini maha hebat.. tekanan daripada Israel, US dan SCAF bakal memuncak. hanya kekuatan iman yang mampu menjadi benteng kepada segala tohmahan dan rencana musuh ALLAH.. 

buat yang akhirnya, sematkan ayat2 cinta dari ALLAH ini dalam hati moga2 kita terus thabat dalam jalan ALLAH.

"Wahai orang-orang yang beriman, seandainya kamu membantu agama ALLAH, nescaya ALLAH akan membantu kamu dan meneguhkan pendirian kamu " (Muhammad :7)


Tuesday, May 29, 2012

international day

26 Mei 2012

salam w.b.t.
dah sangat lama rasanya xmenulis di blog nh..
last post bulan march xsilap..
throughout few months nh, macam2 berlaku dalam hidup nh..
suka duka dan sebagainya..

dan salah satu event yang nak diabadikan dalam blog nh adalah International Day..
ID nh adalah event di mana semua negara2 yang penuntutnya menuntut di alex U bawah international programme nh akan perkenal culture masing2. so ada 4 negara.. Malaysia, Nigeria, Arab Saudi dan Egypt sendiri..

program nh every 2 years mmg akan ada.. so 2 taun lepas ada gak.. tyme 2 ak masuk persembahan.. buat dikir barat.. hoho semangat berdikir pasal last skali berdikir tyme sekolah dlu.. n kali nh ak jadi Ex-Officio..

kiteorg ajk ada mase seminggu jek nk handle mnde nh since U bgtau last minit.. =.=.. so mmg agak penat la gak kne urus macam2.. tmbah lg dengan ajk2 yg macam2 ragam.. hoho mostly 1st tyme jd ajk.. so cam ak yg agak dah lame nh kne byk gak la guide dorg.. tp best.. new experience.. bekerja dengan orang baru. gaya baru. idea baru..

n alhamdulillah semuanya lancar pada hari kejadian.. walaupun ada kurang sket kat setengah2 bahagian.. so nk ucap terima kasih xterhingga pada semua ajk dan ahli PCI yg terlibat dalam ID nh.. semoga masa2 yg digunakan utk program nh ALLAH ganti dengan ganjaran yang sebaiknya.. =)

gambar sekitar ID :

junior integomb merangkap ajk promosi. hebat orangnya~




sahabat2 dari nigeria~

mahmoud mahrous, egyptian.





dengan orang dari arab saudi~

Monday, March 26, 2012

result sem 5

26 MAC 2012

alhamdulillah, result yang ditunggu2 sekian lame akhirnya menunjukkan diri juga. biasalah di bumi mesir nh, tyme kite dok tggu result tyme 2 la die xkuar, n tyme kite xtggu tyme 2 lak tbe2 die kuar. anyway alhamdulillah kuar jgk result.

result sem 5 kali nh alhamdulillah, ALLAH mudahkan untuk lulus despite kerja2 yang semakin bertambah. terima kasih ALLAH kerana memudahkan segala urusan.

result still kene improve lagi. banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki untuk jadi doktor yang terbaek..

there is nothing more i can say unless alhamdulillah. thanx to ALLAH for all the things that happened.