Thursday, April 7, 2011

video seks, di mana silapnya~

pilihan raya ke-10 sarawak semakin hampir..
parti2 bertanding semakin rancak menabur manifesto masing2,
dan terserah kepada rakyat utk memilih..
samada mengekalkan pemerintahan yg seusia bahkan mungkin lebig dari "hosni mubarak"..
atau memilih kepimpinan baru..
sama2 kita nantikan 16 april nnt..

bila ada pilihan raya, maka isu2 panas sudah tentu diutarakan..
jika PRK permatang pauh dahulu kecoh dengan isu sumpah laknat DSAI,
kali ini kes video seks pula menerjah kaca2 tv kita...

samada video ini suatu KONSPIRASI kotor kerajaan atau suatu KEBENARAN, kita sama2 nantikan keputusan nya...

dan ANDAI ini suatu KONSPIRASI kotor kerajaan utk memadam terus karier DSAI dari dunia politik, penulis merasakan ada beberapa kesilapan MAJOR yang dilakukan..

1) pemilihan dato' rahim tamby chik sebagai figure dalam kes ini.
siapa tidak kenal beliau??? pemimpin yg membangunkan melaka dengan begitu pesat mungkin ke hari ini.. namun sepanjang kepimpinan beliau dicemari dengan rasuah dan kes rogol... tidak bersih mungkin term yg sesuai... kerna beliau, maka agak goyang konspirasi ini utk dipercayai oleh rakyat terbanyak.. mungkin kalo orang yg merancang KONSPIRASI ini mengambil figure2 lain yg lebih bersih, mungkin kesetiaan pimpinan PKR sndiri goyang.. :)

2)video wujud hampir waktu pilihan raya.
persoalan mudah, mengapa sekarang? mengapa bilamana ada pilihan raya baru wujud kes2 pelik seperti ini?? sejarah membuktikan bilamana ada sahaja pilihan raya, pasti wujud perkara2 ini.. sekali mungkin rakyat terpedaya, namun utk kesekian kalinya, agak sukar utk rakyat mempercayainya.

3) Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai "watak utama"
sedangkan kes liwat beliau pada tahun 1998 pun banyak keraguan, inikan pula kes kedua kononnya.. ditambah pula dengan dakwaan liwat si saiful, maka perkara2 ini banyak kekurangan, banyak kesilapan dan perkara2 yg meragukan.. banyak yang bole dipertikai ditambah dengan ketidaktelusan pihak berautoriti..

4) video tersebar di youtube.
perkara ini menjadi mungkin kesalahan major dalam kes ini.. apabila video tersebar, nah rakyat terbanyak mampu menilai. kesilapan dalam video ini terlalu banyak. pada minit 0.04 ada tulisan thailand sedangkan dakwaan mengatakan video dirakam di kl... video juga dalam hitam putih dan tidak punya suara.

5) kenyataan dan pemilihan Dato' Johari
Dato Johari merupakan ahli pertama pembangkang yg menonton video ini kalo tidak salah. kesilapan yang dilakukan pihak ini adalah dengan mengumpan Dato Johari utk meninggalkan PKR dengan jaminan keluarga mereka akan selamat.. jaminan ini tidak termakan oleh beliau. dan pihak yg mengatur mungkin tersilap kerna memilih Dato Johari utk menjadi yg pertama melihat perkara i2.. mungkin kalo diminta ****, mungkin beliau termakan..

nah sesungguhnya terlalu banyak keraguan dalam kes ini.. selagi mana ketelusan pihak berautoriti dipertikai, selagi itu lah kebenaran tidak akan terbongkar... namun selama mane kebenaran itu disimpan, suatu masa suatu ketika akan terbongkar juga. kalaupun mungkin bukan di dunia ini, pasti akhirat itu sebaik2 tempat pengadilan.. ayuh bersama kita doakan moga yg hak itu tetap hak.. andai DSAI bersalah, biar ALLAH tunjukkan, dan andai segala yg berlaku ini suatu konspirasi, moga ALLAH laknat dan tunjukkan juga kebenarannya..

1 comment:

  1. kalau btol mende nih konspirasi but mcm mane diorg nk jatuh en DSAI,without His will xley jugaa...
    yeah,mereka berkuasa but maybe mereka itu lupa Dia yg Maha Kuasa..Maha Hebat~

    ReplyDelete