perjuangan ini bukan semata2 dengan mengangkat senjata, malahan skopnya pada hari ini sangat meluas.. perjuangan i2 boleh ditakrifkan sebagai keinginan utk mencapai sesuatu matlamat..
contohnya, seorang pelajar perubatan sudah tentu perjuangannya adalah utk mnjadi seorang doktor. seorang striker dalam pasukan bolasepak sudah tentu perjuangannya utk mencipta jaringan. seorang yg sedang bercinta maka perjuangannya adalah utk bersama pasangannya hingga ke akhirnya.
namun perjuangan ini bukan perkara yg mudah. perlu disertai dengan pengorbanan.. bukan perjuangan namenya andai tiada pengorbanan.. contoh amat mudah.. kita sbagai pelajar perubatan di bumi mesir, apa bentuk pengorbanan yg kita lakukan?? berjauhan dengan keluarga, demi segulung ijazah. striker dalam pasukan bolasepak, apa pengorbanan yg dilakukan?? berlatih sepenuh masa utk memastikan sepakannya menerjah jaringan.
namun, sbenar2 perjuangan i2 adalah utk kita sama2 berjuang demi agama ALLAH yg satu.. sejarah membuktikan betapa orang2 yg terdahulu sebelom kita berjuang demi memastikan kalimah ALLAH i2 berkumandang.. lihat sahaja pada bilal bin rabah. bagaimana beliau sanggup dihukum dek kerana hanya menyebut kalimah "ahad" yg bererti satu.. pernah beliau mengeluh dan mengalah?? tidak sesekali..
lihat bagaimana kaum muhajirin, sanggup mengorbankan harta dan keluarga semata2 demi menyahut seruan islam. kita pergi pada dunia masa kini...
lihat sahaja bagaimana org2 islam di iran mengubah corak pemerintahan negaranya?
dari sebuah negara monarki kepada sebuah republik.. apa yg mereka korbankan?? nyawa.. semata2 utk sebuah negara islam yg merdeka...
di acheh, kalian sedia maklum bagaimana perjungan rakyat acheh yg dipelopori oleh GAM menuntut sebuah negara islam yg merdeka.. ape yg dikorbankan? sudah tentu nyawa...
beralih pula pada negara yg kita cintai.. malaysia...
sahabat2 sudah tentu masih ingat pada sejarah negara kita. bagaimana rosli dhoby mengorbankan nyawanya.. pada usia semuda 16 taun.. demi sebuah kalimah agung, "merdeka".
juga bagaimana dato bahaman, maharaja lela, mengorbankan masa muda mereka demi sebuah kemerdekaan..
namun kita.. apa yg kita korbankan demi perjuangan islam?? dengan fokus pada stdy sehingga tidak menghiraukan sahabat2 lain ? dengan mengorbankan mase menunggu kekasih utk jalan berdua2 balik dari kuliah? dengan bersolek lame di depan cermin utk menanyangkan perhiasan pada org yg x sepatutnya??
pada pengakhirannya, sahabat2 ingatlah pada sebuah hadis yg bermaksud.
"sesiapa yg mengucap kalimah lailaha illallah, maka dia adalah daie"..
dan saya tinggalkan sahabat2 dengan dua persoalan..
1) sehebat dan sejauh mane pengorbanan sahabat2 demi perjuangan islam?
2) andai kata sahabat2 tengah bersama keluarga, tiba2 kalian mendapat panggilan yg memerlukan kalian berjihad.. sanggupkah kalian??
tepuk dada tanya iman..
No comments:
Post a Comment