hampir menitis airmataku melihat video yang menceritakan mengenai detik2 terakhir rasulullah s.a.w. sebelom baginda wafat... sesungguhnya.. baginda begitu sayangkan umatnye sehingge memohon kepada allah supaya segala siksaan sakaratul maut diturunkan kepadanya dan bukan kepada umatnya.... begitu cintanye baginda kepada kita...
namun.. kita sebagai umatnye.. pernahkah terfikir.. sejuah mane ingatan kita kepada kekasih ALLAH i2? sejauh mane kita sanggup berkorban untuk menyebarkan agama islam yang kita cintai? sanggupkah kita tinggalkan semua kesenangan dunia... kemewahan.. pangkat.. darjat.. dan segalanye.. hanya semata2 utk bersama2 memperjuangkan agama ALLAH di muka bumi ini..
semakin lama... kita semakin dibuai mimpi.. semakin leka dengan godaan dunia.. semakin lalai dengan perencanaan yahudi utk menyesatkan kita.. ya! mereka berjaya mempengaruhi kita... lihat sahaja di mesir ini.. berapa ramai golongan yang menyambut perayaan Valentine.. berapa ramai pasangan bertukar2 hadiah.. berpegangan tangan.. dan sebagainya.. tidak kurang juga perkara ini berlaku di malaysia.. inikah umat yang dibanggakan oleh kekasih ALLAH???? inikah umat yang akan sama2 berjuang utk membebaskan tanah palestin? yang akan sama2 memperjuangkan agama ALLAH??
fikir2kanlah wahai sekalian manusia... bahawa layakkah kita ini menghampiri syurga ALLAH?? dengan tingkah laku kita sekarang ni? yang semakin lama semakin jauh dari rahmat ALLAH... sekadar perkongsian di malam hari..... sama2 kita tajdid niat kita datang ke bumi mesir ini.. utk belajar.. bukan utk berdating... bercouple.. dan sebagainya.. yang mungkin membawa kepada kemurkaan ALLAH... sama2lah kite renung dan tajdid kembali hati2 kita.. semoge rahmat dan hidayah ALLAH sentiasa bersama kita..... wallahualam..
No comments:
Post a Comment