Tuesday, January 18, 2011

pemergian~

ketika jari2 ini menari di atas papan kekunci laptop..
ak br sahaja sampai di rumah...
lebih kurang dalam jam 4.40 pagi...
baru selesai pulang dari kaherah..
bersama mengambil sedikit masa yang ALLAH kurniakan...
menghantar jenazah saudari tahun 3 yang telah lebih dahulu menemui penciptanya..

keputusan yg diambil utk mengikuti rombongan menghantar jenazah diambil pada saat2 akhir.
ALLAH izin, ada kekosongan dalam bas...
lalu ak bersama azim, akram serta irhamni masok memenuhi ruang2 kosong di dalam bas...
bas mula bergerak dalam jam lbh kurang 4.00 ptg..

perjalanan yang biasanya mengambil masa 3 jam menjadi 6 jam.
angkara kesesakan yang agak terok di kaherah..
sampai di tanah perkuburan pada jam lbh kurang 9.30 malam...
disambut dengan para ustaz dari kaherah bersama2 dengan kedutaan...

van jenazah sampai lbh awal dari kami yg menaiki bas..
lalu bergegas turun dan berlari2 anak utk sama2 memberi penghormatan terakhir pada arwah.
alhamdulillah dapat2 sama2 membantu menguruskan jenazah...
dapat sama2 mengangkat jenazah arwah walaupun hanya seketika..
dan dapat masok ke kawasan perkuburan tersebut..

suatu perasaan yang bercampur baur ada ketika mengangkat jenazah si arwah..
perasaan sedih, takut dan semua jenis macam ada...
perkuburan di mesir tidak sama seperti di malaysia...
sangat lain...
mungkin kerna kepadatan penduduk di sini...

perlu menuruni anak2 tangga ke dala tanah...
di dalam ruangan i2 dibahagi kepada dua..
utk lelaki dan wanita....
dan disebabkan arwah adalah wanita..
maka dibuka ruangan utk wanita sahaja...
dan jenazah dibawa masok..
dileraikan ikatan..
dan disandarkan ke dinding...
barangkali utk menghadap kiblat...

kemudian pintu ditutup dengan papan dan diplaster...
dan di timbus dgn tanah...

moga ALLAH tempatkan arwah bersama para syuhada' dan solihin..

al-fatihah utk si arwah...

p/s : tercapai juga hasrat melihat tanah perkuburan di sini.. dulu2 hanya mendengar dari ustaz sahaja.. alhamdulillah.. moga ada pengajaran di c2..
selamat beramal~

Monday, January 17, 2011

permulaan

"Kematian adalah permulaan kepada sebuah penghidupan"

ada benarnya pernyataan ini.
memang sesungguhnya hanyalah sebuah permulaan..
permulaan kepada sebuah kehidupan.
kehidupan yang abadi..
yang tiada penghujungnya..
yang tidak terjangkau dek akal manusia yang waras berfikir..

namun sejauh mana kita bersedia menghadapi kehidupan i2???
baru sahaja tadi seorang sahabat kita pergi menghadap ILLAHI..
dalam keadaan yang dimuliakan ALLAH.
pergi menemuiNYA dalam keadaan berada di bumi para anbiya'.
bumi di mana ramai syuhada menemui tuhannya.
pergi dalam keadaan masih menuntut ilmu.

kita bagaimana??
bagaimana pengakhiran episod kepada kehidupan kita??
baikkah??
burukkah???
hanya kita sendiri yang mampu menjawab persoalan i2..
bagaimana??
tepuk dada tanya iman..
berapa banyak kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan hari ini??

sesungguhnya mati tidak mengenal usia..
yang tua tidak semestinya akan pergi dulu..
yang muda tidak semestinya akan pergi kemudian...
maka berwaspadalah senantiasa...
moga bekalan kita cukup bila menghadapnya..

dan moga2 mati kita dalam sebaik2 keadaan...
dan lebih indah andai syahid itu pengakhiran pada hidup kita..

selamat beramal..

Saturday, January 8, 2011

Friday, January 7, 2011

a jihad for love




salam.
sekadar ingin berkongsi sedikit input.
moge ade manfaat..

dunia pada hari zaman dan tika ini nampak semakin dikuasai oleh orang2 bukan islam. yahudi terutamanya. islam pada tika ini nampak semakin lemah dek pertelingkahan yang tidak berkesudahan.. sunni dengan syiahnya. hamas dengan fatahnya. dan sebagai lagi.. perjuangan para pendakwah dalam menyebarkan islam kian hebat cabarannya dek kerana kemasukan budaya hedonistik yang semakin menular di negara kita.

hidup sebagai seorang da'ie atau pendakwah tidak dapat tidak bakal dan akan berdepan dengan cabaran dan dugaan.. bukan semua mampu menghadapinya. hanya yang kuat iman dan keyakinannya pada ALLAH mampu menangkis segala macam cabaran ini.

antara cabaran2 yang bakal dan dihadapi oleh dai'e :

1) mencari rezeki
terkadang dakwah kita terbantut dek kerna mencari rezeki.. terlalu sibuk pada dunia sehingga lupa pada tanggungjawab dakwah kita. padahal tika di sekolah dlu kitalah yang selalu memberi tazkirah dan pelbagai kerja2 dakwah kita lakukan. namun pabila sudah bekerja, jadual terlalu padat, on call, kita kadang2 merasa berat atas kerja2 dakwah ini lantas sebahagian dari kite meninggalkannya.

2) isteri, anak2 dan suami
masalah ini tidak dapat tidak mmg akan muncul pabila telah berkeluarga. andai isteri kita seorang yang memahami, maka alhamdulillah tiada masalah bahkan dia lah yg bersama2 kita atas jalan ini sehingga akhirnya. namun andai isteri bukan jenis yang memahami, ditambah dengan kehadiran cahaya mata membuatkan ramai dari kita tidak mampu meneruskan jalan dakwah ini.

3) suara-suara penghalang
perkara ini lebih kepada kehidupan kita sebagai mahasiswa. utk berubah dan meneruskan jalan dakwah i2 bukan mudah. kadang2 datang suara2 penghalang yang melemahkan semangat dan kekuatan kita. apatah lg suara2 i2 datang dari orang2 yang kita sayang.. contoh kepada suara2 penghalang: "baik gile budak ni...", "awat rajen benor hang ni"

dan kepada semua permasalahan ada jalan penyelesaiannya.. atas kita para pendakwah samada ingin menyelesaikannya atau membiarkannya merebak ke seluruh jiwa kita bak kanser.

antara penyelesaian yang bole diambil :

a) kembali kepada ALLAH
hal ini kerana ALLAh yang mencipta kita dan hanya kepadaNYA selayaknya kita bicara atas seluruh masalah yang melanda.. perbanyakkan amalan2 sunat di samping yang wajib.. moge ALLAH lembutkan dan tetapkan hati kita atas medan perjuangan ini.

b) ikhlaskan diri
benar, bukan mudah utk mengikhlaskan diri atas kerja yang ganjaran dunianya belom pasti kita peroleh. namun andai kalian yakin atas ganjaran akhirat yang ALLAH kurniakan pada sesiapa yang thabat atas jalanNYA, insya ALLAH segala yang kalian lakukan hanyalah ikhlas kepadanya.. ikhlas ini sangat sukar digambarkan. umpama semut hitam yang berjalan atas batu hitam pada hari yang sangat gelap. begitulah gambaran ikhlas..

c)tetap dan bekerja dalam jemaah
tidak dapat tidak hidup ini perlu kepada persatuan@jemaah. kerna tidak mampu andai kita bekerja sendirian.. mana mungkin piramid giza dibina oleh hanya seorang insan. perlunya pada persatuan atau jemaah salah satu sebabnya adalah kerna perlu ada penerusan ilmu. andai kata kita bersendirian, pabila malaikat maut datang menjemput, siapa yang akan mewarisi ilmu2 kita?



pada akhirnya, moga ALLAH tetapkan hati2 ini yang telah berbai'ah sejak sebelom melihat dunia ini utk berdakwah tetap pada jalanNYA. andai ada beribu macam dugaan menimpa, ingat, kata2 yang selalu diucap oleh zainab al-ghazali al-jubaili :

"cukuplah ALLAH sebagai penolongku "

ALLAH sntiasa bersama hamba2nya..
selamat beramal =)


Saturday, January 1, 2011

eyes



alhamdulillah br sahaja selesai berusrah td..
yang pertama kali diadakan..
insya allah akan ade kesinambungannya selepas ini..
sekadar mahu berkongsi sedikit input yang dapat pada malam ni..
mge ade manfaat

pandangan terbahagi kepada 3 jenis..
a) pandangan nafsu
b) pandangan akal
c) pandangan mata hati

pandangan nafsu dan akal sangat selalu kita aplikasikan dalam seluruh aspek kehidupan kita namun,
pandangan mata hati sangat2 sukar utk kita laksanakan.

sebagai contoh, pada ulangtahun hari lahir kita yang ke 17, sahabat2 kita telah membelikan sebiji kek utk kita... andai kita melihat kek i2 daripada pandangan nafsu, yang terlintas di benak fikiran kita adalah "sedapnya kek ni"...

andai pandangan akal yang menguasai, yang terlintas di fikiran kita adalah "berapa agaknya kos yang diperlukan utk buat kek ni?"

dan andai pandangan mata hati yang menguasai, sudah tentu kita terlintas. "sedihnya, sudah 17 taun ak hidup.. berapa banyak amalan yang telah ak lakukan.. cukupkah??" dan sebagainya

memang diakui agak sukar utk melihat sesuatu dengan mata hati, semua ini memerlukan sebuah keazaman yang tinggi utk merubah diri kepada yang lebih baik dan perlu sentiasa mendekatkan diri kepadaNYA.. kerna segala macam nikmat dan dugaan yang mendatang adalah dari DIA..

juga andai kita ingin memilih pasangan hidup kita, pastikan seboleh mungkin pilihan kita i2 terbit dari mata hati bukan dari akal jauh sekali dari nafsu yang selalu menyesatkan.. =)


selamat beramal. :)



2011

tahun 2011 sudah datang menjelma
dan 2010 sudah menjadi sebuah memori..
umur sudah tiada angka 1 di depan..
hanya 2, 3 dan sebagainya.
umur yang meningkat diharap seiring dengan kematangan diri ini..

harapannya tahun 2011 ini mampu diisi dengan pelbagai tarbiyah dan perkara2 berfaedah berbanding tahun sebelomnya...
semoga pertambahan umur kita ini mampu mendekatkan diri kepada ALLAH seterusnya meningkatkan kesedaran kita dalam menyahut syariat ALLAH..

SELAMAT TAHUN BARU 2011