Monday, January 17, 2011

permulaan

"Kematian adalah permulaan kepada sebuah penghidupan"

ada benarnya pernyataan ini.
memang sesungguhnya hanyalah sebuah permulaan..
permulaan kepada sebuah kehidupan.
kehidupan yang abadi..
yang tiada penghujungnya..
yang tidak terjangkau dek akal manusia yang waras berfikir..

namun sejauh mana kita bersedia menghadapi kehidupan i2???
baru sahaja tadi seorang sahabat kita pergi menghadap ILLAHI..
dalam keadaan yang dimuliakan ALLAH.
pergi menemuiNYA dalam keadaan berada di bumi para anbiya'.
bumi di mana ramai syuhada menemui tuhannya.
pergi dalam keadaan masih menuntut ilmu.

kita bagaimana??
bagaimana pengakhiran episod kepada kehidupan kita??
baikkah??
burukkah???
hanya kita sendiri yang mampu menjawab persoalan i2..
bagaimana??
tepuk dada tanya iman..
berapa banyak kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan hari ini??

sesungguhnya mati tidak mengenal usia..
yang tua tidak semestinya akan pergi dulu..
yang muda tidak semestinya akan pergi kemudian...
maka berwaspadalah senantiasa...
moga bekalan kita cukup bila menghadapnya..

dan moga2 mati kita dalam sebaik2 keadaan...
dan lebih indah andai syahid itu pengakhiran pada hidup kita..

selamat beramal..

No comments:

Post a Comment