Friday, January 7, 2011

a jihad for love




salam.
sekadar ingin berkongsi sedikit input.
moge ade manfaat..

dunia pada hari zaman dan tika ini nampak semakin dikuasai oleh orang2 bukan islam. yahudi terutamanya. islam pada tika ini nampak semakin lemah dek pertelingkahan yang tidak berkesudahan.. sunni dengan syiahnya. hamas dengan fatahnya. dan sebagai lagi.. perjuangan para pendakwah dalam menyebarkan islam kian hebat cabarannya dek kerana kemasukan budaya hedonistik yang semakin menular di negara kita.

hidup sebagai seorang da'ie atau pendakwah tidak dapat tidak bakal dan akan berdepan dengan cabaran dan dugaan.. bukan semua mampu menghadapinya. hanya yang kuat iman dan keyakinannya pada ALLAH mampu menangkis segala macam cabaran ini.

antara cabaran2 yang bakal dan dihadapi oleh dai'e :

1) mencari rezeki
terkadang dakwah kita terbantut dek kerna mencari rezeki.. terlalu sibuk pada dunia sehingga lupa pada tanggungjawab dakwah kita. padahal tika di sekolah dlu kitalah yang selalu memberi tazkirah dan pelbagai kerja2 dakwah kita lakukan. namun pabila sudah bekerja, jadual terlalu padat, on call, kita kadang2 merasa berat atas kerja2 dakwah ini lantas sebahagian dari kite meninggalkannya.

2) isteri, anak2 dan suami
masalah ini tidak dapat tidak mmg akan muncul pabila telah berkeluarga. andai isteri kita seorang yang memahami, maka alhamdulillah tiada masalah bahkan dia lah yg bersama2 kita atas jalan ini sehingga akhirnya. namun andai isteri bukan jenis yang memahami, ditambah dengan kehadiran cahaya mata membuatkan ramai dari kita tidak mampu meneruskan jalan dakwah ini.

3) suara-suara penghalang
perkara ini lebih kepada kehidupan kita sebagai mahasiswa. utk berubah dan meneruskan jalan dakwah i2 bukan mudah. kadang2 datang suara2 penghalang yang melemahkan semangat dan kekuatan kita. apatah lg suara2 i2 datang dari orang2 yang kita sayang.. contoh kepada suara2 penghalang: "baik gile budak ni...", "awat rajen benor hang ni"

dan kepada semua permasalahan ada jalan penyelesaiannya.. atas kita para pendakwah samada ingin menyelesaikannya atau membiarkannya merebak ke seluruh jiwa kita bak kanser.

antara penyelesaian yang bole diambil :

a) kembali kepada ALLAH
hal ini kerana ALLAh yang mencipta kita dan hanya kepadaNYA selayaknya kita bicara atas seluruh masalah yang melanda.. perbanyakkan amalan2 sunat di samping yang wajib.. moge ALLAH lembutkan dan tetapkan hati kita atas medan perjuangan ini.

b) ikhlaskan diri
benar, bukan mudah utk mengikhlaskan diri atas kerja yang ganjaran dunianya belom pasti kita peroleh. namun andai kalian yakin atas ganjaran akhirat yang ALLAH kurniakan pada sesiapa yang thabat atas jalanNYA, insya ALLAH segala yang kalian lakukan hanyalah ikhlas kepadanya.. ikhlas ini sangat sukar digambarkan. umpama semut hitam yang berjalan atas batu hitam pada hari yang sangat gelap. begitulah gambaran ikhlas..

c)tetap dan bekerja dalam jemaah
tidak dapat tidak hidup ini perlu kepada persatuan@jemaah. kerna tidak mampu andai kita bekerja sendirian.. mana mungkin piramid giza dibina oleh hanya seorang insan. perlunya pada persatuan atau jemaah salah satu sebabnya adalah kerna perlu ada penerusan ilmu. andai kata kita bersendirian, pabila malaikat maut datang menjemput, siapa yang akan mewarisi ilmu2 kita?



pada akhirnya, moga ALLAH tetapkan hati2 ini yang telah berbai'ah sejak sebelom melihat dunia ini utk berdakwah tetap pada jalanNYA. andai ada beribu macam dugaan menimpa, ingat, kata2 yang selalu diucap oleh zainab al-ghazali al-jubaili :

"cukuplah ALLAH sebagai penolongku "

ALLAH sntiasa bersama hamba2nya..
selamat beramal =)


2 comments:

  1. Salam...ya selamat beramal...Islam itu agama haraki...agama yg bergerak...yg beramal...bukan hanya dgn kata2 atau teori sahaja...buktikan dengan amal kita...

    ReplyDelete
  2. jika diperhati surah Al-Asr.
    ayat ketiga.
    -berwasiatlah dgn kebenaran dan kesabaran.

    sungguh manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yg empat [ciri2 de ad dlm surah].

    berwasiat(yakni menyampaikan) dgn kebenaran.
    lumrah-akan ad org yg menentang apbila dismpaikan kebenaran kpdnya bg yg merasakan dirinya lebih benar dan betul.
    maka,bg saya dan andaanda utk menasihati dgn kesabaran.

    p/s: kita harus mahu dan mestilah mencari kebenaran(jalan Allah).

    p/s/s: saya bkn ustzh.haha.

    WA

    ReplyDelete