apabila lahir seorang anak adam ke dunia ini, maka ALLAH, the one n only one, our creator telah menetapkan beberapa perkara dalam keseluruhan hidup kita di muka bumi ini.. perkara ini disebut dan makruf dalam kalangan masyarakat kita dengan nama takdir@destiny. ade 4 perkara yg telah ALLAH tetapkan iaitu soal ajal, rezeki, amalan, dan baik/buruk seseorang.
4 perkara ini terbahagi kepada 2 iaitu kehendak ALLAH dan juga ilmu ALLAH.. ape beza kedua perkara ini? kehendak ALLAH ini adalah perkara yg sudah termaktub dan kita sebagai hamba yang lemah tidaklah punya kuasa untuk mengubahnya.
Perkara yang termasuk dalam kehendak ALLAH ini ialah soal ajal dan juga rezeki. dalam Quran, rujukan kita sepanjang zaman, ALLAH telah menyatakan bahawasanya pabila telah datang ajal, maka tiada siapa mampu mempercepatkan mahupun melambatkannya walaupun seminit. sungguh, pabila ajal menjelma, maka kita sebagai hamba ALLAH perlu redha.
soal rezeki juga adalah sesuatu yg telah ditetapkan dalam kehendak ALLAH. soal jodoh juga termasuk dalam rezeki ini. kadang-kadang kita sangat mencintai seseorang ini, namun akhirnya bukan dia jodoh kita, bak kate orang, bercinta macam nak rak, alih-alih kawen ngan orang lain. sebab ape, sebab ALLAH tahu dan DIA telah menetapkan jodoh yg terbaek buat kita. jadi andai yg belum ketemu jodoh, yakinlah bahawa ALLAH adalah sebaik-baik perancang.
bicara soal rezeki ini, sebagai pelajar tidak dapat tidak kita bisa bicara soal alam universiti.. ramai dari kita sudah tentu punya impian untuk belajar ke negara-negara maju seperti US, Jepun dan sebagainya. terkadang apa yg kita hajati itu tidak kesampaian. nk ke German tercampak ke Jepun dan sebagainya. sungguh betapa kita perlu yakin bahawa ape yg ALLAH tetapkan kepada kita itu adalah yg sebaiknya.
perkara yg termasuk dalam ilmu ALLAH pula ialah soal amalan dan baik/buruk seseorang. ilmu ALLAH ini secara ringkas bermaksud, hanya ALLAH sahaja yg tahu akan perkara itu dan tidak ada seorang makhluk pun yg tahu mengenainya.. ALLAH memberi pilihan kepada kita atas perkara itu, tp sebenarnya ALLAH sudah tahu akan yg mana satu pilihan kita.
sebagai contoh dalam soal baik/buruk, ALLAh beri kita pilihan samada untuk jadi seorang yg sebaik nabi musa, mahupun sejahat-jahat manusia, firaun. semua terletak atas kekuatan iman dan amal kita untuk memilih yang mana satu. justeru sebagai manusia yg hanya menumpang di bumi ALLAH barang seketika ini, maka buatlah pilihan yg terbaek dalam hidup. moga2 kita sentiasa dalam lindungan ALLAH.
pada akhirnya, selamat menjengah ke tahun baru hijrah, 1433. semoga tahun mendatang ini penuh dengan amalan dan mendekatkan diri kepadanya. semakin tinggi kita belajar, sepatutnya semakin meningkat amalan kita.. wallahualam...
No comments:
Post a Comment