beberapa hari lagi menjelang 30 jun. tarikh yg mungkin tidak membawa apa-apa erti pada seisi dunia. tp bagi penduduk mesir, 30 jun merupakan tarikh penting. bersejarah dalam sejarah mesir kala ini.
30 jun 2013 adalah tarikh genap setahun pemerintahan dr morsi, presiden mesir pertama yang dipilih oleh rakyat. semenjak sekian lama diperintah oleh golongan kuku besi, namun setahun yg lepas semua nya berubah.
bermula dengan kejayaan thaurah sya3ab pada tarikh 25 januari, hari2 mendatang warga mesir khususnya menampakkan perubahan. baik mahupun yang buruk.
kejayaan revolusi rakyat membenamkan mubarak dan konco-konco nya tampak meyakinkan. namun satu persatu dugaan menjelma. kroni2 mubarak masih ramai yang berkuasa. mahkamah terutamanya. natijahnya? satu persatu kroni dibebaskan. sehingga ada yg berpendapat mubarak bakal dibebaskan dari segala tuduhan tidak lama lg. walaupun sudah terang, jelas akan kezalimannya.
sempat berada di bumi mesir ketika zaman mubarak dan skrang morsi, memang ada beberapa perbezaan ketara. kalau dahulunya, nk bercakap soal politik dengan warga mesir pun xboleh. dek kerana terlalu ramai spy2 mubarak. skarang lebih mudah. rakyat mampu bersuara. demokrasi dikembalikan.
setahun morsi memerintah, tidak banyak perubahan yang mampu dilakukan. masakan tidak, dewan rakyat dibubarkan, dewan senat juga turut dibubarkan, sumber ekonomi disekat dan yang lebih penting, pemikiran rakyat mesir yang tidak mahu berubah.
soal kebersihan, sampah semuanya diserahkan kepada presiden. anggapan mereka, morsi meletakkan janji 100 hari, maka dia yg perlu melaksanakannya. walhal hubungan pemerintah-rakyat merupakan hubungan dua hala. bukan sehala.
apa-apa pun yg bakal menjelma 30 jun 2013 ini, semoga ALLAH lindung mesir dan seisinya. dan yang paling penting, semoga perjuangan menegakkan islam di bumi barakah ini terus berkekalan.
tahyal misr! :)
No comments:
Post a Comment