dikisahkan pada zaman nabi Daud a.s. dahulu, tinggal seorang janda yang telah kematian suami dan mempunyai beberapa orang anak. kerja sehariannya adalah menenun kain untuk dijual di pasar.
pada suatu hari, perempuan ini ingin menjual kain tenunannya di pasar. justeru die meletakkan kain-kainnya di dalam sebuah kain yg besar lalu dibungkus. sedang dalam perjalanan, tiba-tiba muncul seekor burung yg sangat besar lalu menyambar kain-kain tersebut dan dibawa terbang.
janda tersebut berasa sungguh sedih kerna hanya dengan menjual kain tenunannya itu sahaja dia mampu untuk menyara anak-anaknya..
lalu dibawa kegundahan hatinya itu bertemu dengan nabi ALLAH Daud a.s. lalu dia bertanya kepada nabi daud. "apakah tuhan engkau ini zalim? ".
nabi Daud dengan tenang menjawab, "tidak tuhanku tidak zalim".
ketika berbicara dengan nabi ALLAH daud, tiba-tiba ditakdirkan ALLAH datang 10 orang saudagar bertemu nabi Daud a.s.
nabi daud mempersilakan mereka masuk dan bertanya mengenai hajat mereka datang ke rumahnya.
salah seorang daripada mereka berkata bahawasanya mereka datang untuk melunaskan nazar mereka, iaitu memberi 100 emas setiap seorang dari mereka kepada nabi Daud, supaya diberikan kepada orang yg memerlukan.
lantas nabi Daud menanyakan mengapakah mereka bertindak sedemikian.. lalu mereka menceritakan..
ketika mereka dalam perjalanan pulang dari berdagang, kapal yang dinaiki mereka dipukul ombak yang kuat beserta angin. lalu kain layar mereka rosak teruk. mereka sudah bernazar bahawasanya seandainya mereka selamat mendarat, mereka akan memberi 100 emas sebagai nazar.
lalu ditakdirkan ALLAH, seekor burung yg besar mencampakkan kain-kain tenunan kepada mereka.. lalu mereka menggunakan kain tersebut untuk dibuat kain layar dan akhirnya mereka selamat sampai.
nabi Daud lantas berpaling kepada perempuan itu dan mengatakan, "sesungguhnya tuhan ak tidak zalim" dan menyerahkan emas-emas tersebut kepada perempuan itu.
pengajaran dari kisah ini adalah, kita perlu sntiasa bersangka baik kepada ALLAH. sebab DIA tahu apa yang terbaek untuk kita. dan DIA xkan membebani sesuatu ke atas kita melainkan DIA tahu kita mampu menghadapinya.
" ALLAH tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya....." (Al-Baqarah:286)
Sunday, December 18, 2011
Friday, December 9, 2011
sunan
alhamdulillah..
setinggi2 syukur ke hadrat illahi..
atas kurniaan nikmat islam dan iman dalam diri ini..
semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya..
beberapa hari lepas dapat jugak khatam buku "sutera bidadari"..
hasil karya ramlee awang murshid
karya yg sudah masuk sambungan ke 5..
katenya yg ke 6 adalah yg terakhir..
"sunan musafir" xsilap tajuknya..
xsaba menunggu..
dalam novel ini dikisahkan mengenai seorang laksamana..
bernama saifuddin jalis..
atau lebih dikenali sebagai sunan dalam kalangan orang acheh..
dalam novel2 ini,
diceritakan betapa sunan ini seorang yg sangat mentaati perintah ALLAH..
betapa die menentang kejahatan dunia kegelapan yg berada di atas muka bumi ini..
menggunakan ayat2 ALLAH..
dan juga sunan ini sehabis mungkin mencontohi sifat2 rasulullah s.a.w.
jujur berbicara,
ak mmg da tersangkut kat watak sunan nh..
sampaikan satu tahap ak rase die nh mmg ade dalam sejarah.. :D
n hopefully dapatla mencontohi sifat2 yg ade pada watak sunan nh..
walaupun die xwujud..
dan dia adalah idola ak di alam fantasi... =)
sape2 yg xpenah bace bole la try...
insya ALLAH menarik..
sebagai manusia, aku sayang padamu~ laksamana sunan..
Sunday, November 27, 2011
kita dan takdir
apabila lahir seorang anak adam ke dunia ini, maka ALLAH, the one n only one, our creator telah menetapkan beberapa perkara dalam keseluruhan hidup kita di muka bumi ini.. perkara ini disebut dan makruf dalam kalangan masyarakat kita dengan nama takdir@destiny. ade 4 perkara yg telah ALLAH tetapkan iaitu soal ajal, rezeki, amalan, dan baik/buruk seseorang.
4 perkara ini terbahagi kepada 2 iaitu kehendak ALLAH dan juga ilmu ALLAH.. ape beza kedua perkara ini? kehendak ALLAH ini adalah perkara yg sudah termaktub dan kita sebagai hamba yang lemah tidaklah punya kuasa untuk mengubahnya.
Perkara yang termasuk dalam kehendak ALLAH ini ialah soal ajal dan juga rezeki. dalam Quran, rujukan kita sepanjang zaman, ALLAH telah menyatakan bahawasanya pabila telah datang ajal, maka tiada siapa mampu mempercepatkan mahupun melambatkannya walaupun seminit. sungguh, pabila ajal menjelma, maka kita sebagai hamba ALLAH perlu redha.
soal rezeki juga adalah sesuatu yg telah ditetapkan dalam kehendak ALLAH. soal jodoh juga termasuk dalam rezeki ini. kadang-kadang kita sangat mencintai seseorang ini, namun akhirnya bukan dia jodoh kita, bak kate orang, bercinta macam nak rak, alih-alih kawen ngan orang lain. sebab ape, sebab ALLAH tahu dan DIA telah menetapkan jodoh yg terbaek buat kita. jadi andai yg belum ketemu jodoh, yakinlah bahawa ALLAH adalah sebaik-baik perancang.
bicara soal rezeki ini, sebagai pelajar tidak dapat tidak kita bisa bicara soal alam universiti.. ramai dari kita sudah tentu punya impian untuk belajar ke negara-negara maju seperti US, Jepun dan sebagainya. terkadang apa yg kita hajati itu tidak kesampaian. nk ke German tercampak ke Jepun dan sebagainya. sungguh betapa kita perlu yakin bahawa ape yg ALLAH tetapkan kepada kita itu adalah yg sebaiknya.
perkara yg termasuk dalam ilmu ALLAH pula ialah soal amalan dan baik/buruk seseorang. ilmu ALLAH ini secara ringkas bermaksud, hanya ALLAH sahaja yg tahu akan perkara itu dan tidak ada seorang makhluk pun yg tahu mengenainya.. ALLAH memberi pilihan kepada kita atas perkara itu, tp sebenarnya ALLAH sudah tahu akan yg mana satu pilihan kita.
sebagai contoh dalam soal baik/buruk, ALLAh beri kita pilihan samada untuk jadi seorang yg sebaik nabi musa, mahupun sejahat-jahat manusia, firaun. semua terletak atas kekuatan iman dan amal kita untuk memilih yang mana satu. justeru sebagai manusia yg hanya menumpang di bumi ALLAH barang seketika ini, maka buatlah pilihan yg terbaek dalam hidup. moga2 kita sentiasa dalam lindungan ALLAH.
pada akhirnya, selamat menjengah ke tahun baru hijrah, 1433. semoga tahun mendatang ini penuh dengan amalan dan mendekatkan diri kepadanya. semakin tinggi kita belajar, sepatutnya semakin meningkat amalan kita.. wallahualam...
Friday, November 11, 2011
ragam aidiladha
cuti masih berbaki sehari sebelum bermulanya kembali kuliah.. hampir seminggu bercuti.. tapi rasa macam tidak cuti.. bermacam jenis aktiviti ada.. alhamdulillah kerna dapat join beberapa dari aktiviti2 yang dianjurkan.
sambutan hari raya aidiladha di sni meriah. tidak sama seperti di malaysia.. perbandingannya seolah di malaysia menyambut raya aidilfitri. seminggu sebelum raya sudah meriah jalan2 dengan lampu2.. kambing2 dan lembu sudah dikumpulkan untuk dikorbankan.. solat hari raya taun ini sedikit berbeza.. tahun - tahun sebelum ini solat bersama imam melayu. tapi kali nh solat dengan imam arab.. mengambil pengalaman..
raya jatuh pada 6 oktober.. 5 dan 6 pula berlangsungnya seminar perubatan.. alhamdulillah tajuk menarik.. banyak input2 diperoleh. seronok ditambah pula dengan kedatangan ex-classmate, zekk ke rumah. 2 taun lebih berada di mesir baru kali pertama menjejak kaki di iskandariyah..
8 aribulan pula sambutan aidiladha PCI.. alhamdulillah meriah.. makanan pun sedap2.. terima kasih ajk2 yg xtido malam sediakan makanan..
hari seterusnya ke port said. jaulah bersama adik-adik tahun 1.. bermacam pengalaman diperoleh. dapat juga adik2 melihat rusuhan di mesir.. moga menjadi kenangan terindah.. :)
dan hari ini pula bakal ke kaherah malam nanti.. mengambil semula rakan yg pulang dari malaysia.. semoga dia beroleh semangat baru...
Monday, October 24, 2011
:(
tarikh 24 oktober 2011 bakal tercatit dalam memoriku.
sebagai tarikh yang sukar untuk dilupakan...
hari dimana ALLAH menjemput hambaNYA yang dikasihi..
walaupun bukan aku yang merasainya..
namun pemergian kali ini sangat terasa..
kerna arwah baru sahaja ak jumpa hampir 2 bulan yang lalu..
dalam keadaan sihat2 sahaja...
ramah melayan tetamu yang hadir ke perkahwinan anak sulungnya..
namun apakan daya..
bila ajal sudah tiba..
walau sesaat tidak mampu ditangguh lagi..
yang paling sedih buat diri ini..
pabila anaknya iaitu kawan ak sndiri..
tidak sempat berjumpa bapanya buat kali terakhir..
sebaik sahaja landing di KLIA.
ibunya menelefon memberi khabar duka itu...
dan yg hanya kedengaran di corong telefon..
syahadah bapanya yg terakhir...
Siti Hanisah,
Moga kau tenang menghadapi dugaan ini...
moga ALLAH mudahkan hari-hari mendatang..
dan moga arwah Abdullah bin Selim ditempatkan dalam kalangan para solihin..
al-fatihah~
Saturday, October 22, 2011
tahun 3
alhamdulillah..
setinggi2 kesyukuran ke hadrat ALLAH
atas kurniaan nikmat iman dan islam...
masuk minggu ke 3 di bumi mesir...
setelah hampir 2 bulan di malaysia...
life agak busy....
banyak mnde kene setelkan...
alhamdulillah sudah di tahun 3..
setaun ag sebelom clinical....
modul skang endocrine..
alhamdulillah bole follow ag skang nh..
cuma kene tingkatkan usaha..
untuk mumtaz insya ALLAH..
baru sahaja pulang dari mansurah..
mensyuarat intercawangan biro kebajikan...
sungguh..
banyak pengalaman yg tercatit dalam mensyuarat itu...
moga semuanya tersemat indah dalam memori..
dan kepada sahabat yg akan pulang ke malaysia esok..
moga ALLAH permudahkan urusanmu..
segala apa yg berlaku ada hikmah nya....
Tuesday, September 27, 2011
hudud dan pemimpin
sedih....
sedih hari ini bila hukum ALLAH dipermain...
seolah2 benda ini suatu lawak jenaka..
orang yang sepatutnye menjadi tulang belakang kepada hukum ALLAH mempermain isu ini...
sungguh..
dunia kini sudah hampir pada akhirnya...
benarlah orang cerdik pandai menukilkan.
salah satu tanda kiamat adalah bila orang bukan ahli dilantik memegang jawatan agama..
sangat tersentak baru2 nih pabila terbaca suatu kenyataan..
" saya nk tgk MB jalankan hudud di kolam autam.. nk tgk macam mana dia nk handle.. kalau ada 2 orang mencuri sorang islam sorg bukan islam. xkan dia nk potong tangan orang islam dan penjara yg bukan islam? mana adil".
lebih kurang begitu ucapan 'orang besar' negara ini..
sungguh bagi ak, sangat memalukan...
bagaimana orang islam sendiri boleh mempermainkan hukum ALLAH..
bg ak lebih baek berdiam diri daripada buat statement yg kadangkala bole menggugah akidah kita..
moga2 kita tidak tergolong dalam golongan2 ini... moga ALLAh beri hidayah kepadanya sebelum akhir hayatnya~
Wednesday, September 14, 2011
eid
hari ini sudah masok raye ke 17...
baru terase nk update blog nh pasal raye ari2....
haha.... agak malas nk bukak computer lately...
tiap2 taun family ak akan raye kat johor bahru
kampung sebelah mak....
since ak pun balek msia setaun skali..
so raye mmg agak best la..
dapat jmpe sedare2 yg jarang2 dapat jmpe..
dlu slalu la dapat jmpe...
skang bile masing2 da masok u n ade yg da fly..
jadi da jarang sgt nk jmpe..
biasenye raye 1st akan ade hidangan2 wajib..
which are sambal goreng, opor, lodeh n sambal kacang...
since dalam family mak ak mak ak n mak sedare ak jek yg pompuan...
jadi kebiasaanye dorg la yg akan masak..
n dibantu oleh isteri2 abang2 mak ak yg len...
n jugak anak2 sedare yg pompuan.. :)
ak baru tau yg rupe2nye masakan kat johor nh berbeza ikut daerah.
ak ingt satu johor masak mnde same..
rupe2nye lain2.. haha
itupun setelah ak tnye kat membe dari mersing..
yg best tiap2 kali raye duet raye still dapat..
slagi xkeje,,
haha... :)
n beberape ari lepas raye ngan sam n the gang,.
best gak skali skale dapat raye ngan membe2...
thanx to koden bg tumpang tdo... :)
Friday, August 19, 2011
ragam ramadan~
alhamdulillah...
masuk hari ini sudah hari ke 5 di malaysia...
sudah 5 hari meninggalkan bumi anbiya..
bumi magik yg penuh barakah....
sungguh,
ramadan kali ini punya perbezaan tersendiri...
pertama kali berpuasa di tempat orang...
punya memori tersendiri...
banyak dugaan dan cabaran yg ALAH datangkan kepada diri ini dan sahabat2 yg lain..
supaya terus mendekatkan diri padaNYA
bermula dengan pindah rumah pada 1 ogos@ 1 ramadan..
kepenatan yg tidak terhingga..
naseb bek ade kawan2 yg membantu..
thanx~
kalo dlu tinggal berlima, sekarang sudah bertiga..
hopefully bertiga ni kekal la smpai tahun 6 nnt..
xtambah xkurang...
da xlarat n tukar2 ahli beit..
atas sebab2 yg ak rase xmunasabah lgsg...
anyway mungkin pada mereka munasabah..
terserah pada yg menilai... =)
yang paling mencabar sekali adalah umrah yang dicancelkan 3 hari sebelum pergi... hoho.. :D
yg nih paling best skali...
ihram siap da beli da...
ditambah lagi dengan ak yg menjadi pengarah PSMB malaysia....
terpaksa handle sume mnde dari mesir sbb tau nnt xdapat join ziarah ke kolej2...
sebab ke baitullah pada mulanya...
namun kita merancang ALLAH juga merancang..
namun perancangan ALLAH adalah yang sebaek2 nye.. :)
segala yg berlaku ada hikmahnya....
alhamdulillah ketika menerima khabar umrah xjd 2, hati ini bole terima..
terima kasih ALLAH.. :)
da la mase 2 tgh setelkan internet yg xstel2....
alhamdulillah ALLAH mudahkan hati ini untuk menerima...
banyak hikmah yg berlaku disebalik umrah yang xjd 2...
dapat pulang ke tanah air awal..
dan insya ALLAH akan ke ktt isnin nih..
menjalankan tanggungjawab sebagai ketua.... :)
sungguh bukan semua orang ALLAH pilih menjadi tetamunya..
mungkin belum tiba masa ak dan rombongan ak untuk menjadi tetamu ALLAH..
mungkin suatu hari nnt..
amin~
Tuesday, July 12, 2011
CLEAN 2.0
lambang penolakan pada sistem yg korup~
'BERSIH 2.0..
ramai dari kita maklum akan demonstrasi aman ini..
walk for democracy..
ke arah pilihan raya yang lebih adil dan bersih..
namun macam2 perkara terjadi pada hari itu..
sehingga nyawa manusia menjadi bayaran~
for my personal opinion...
ak xrase salah BERSIH ini...
atas alasan kita perlu lakukan perkara ini untuk pilihan raya yg lebih adil
bukan kita mntak agong turun jawatan...
bukan hendak guling kerajaan..
sekadar mahu pilihan raya yang bebas
sekadar mahu hak rakyat dikembalikan...
sekadar mahu rakyat dibenarkan hak bersuara..
namun yg pula agenda kerajaan
melihat BERSIH suatu ancaman besar kepada mereka...
kerna BERSIH 1.0 mendapat sambutan ramai..
lantas polis2 dikerah.. kononnya untuk "mengawal keadaan"
namun hakikatnya semua sedia maklum..
menggunakan water cannon dan gas pemedih mata..
untuk menyuraikan perhimpunan aman...
sehingga nyawa menjadi galang ganti..
PATRIOT muncul di kala kerancakan BERSIH..
dengan muslihatnya yang 1001..
kononnya untuk pertahan negara...
kononnya untuk pertahan melayu...
bila bicara soal melayu maka anda tidak racist...
tapi bila bicara soal cina india maka andalah manusia paling racist di malaysia....
PATRIOT dibubar beberapa hari sebelum BERSIH turun di jalanan...
BERSIH terhimpit......
lantas bercadang membuat di stadium....
namun kerajaan tidak benarkan..
padahal pada asalnya telah berjanji untuk bagi mana2 stadium utk buat perhimpunan..
janji orang politik~
akhirnya BERSIH berlangsung jua..
mendapat sambutan di negara-negara yang punya pelajar dan penduduk msia...
PATRIOT yang entah dari mana muncul pada hari itu...
KJ tunjuk hero...
memandangkan usianya sebagai ahli politik hampir terkubur...
agenda orang terdesak layaknya~
pengakhiran kepada BERSIH 2.0 menandakan bermulanya penolakan rakyat terhadap kezaliman kerajaan secara total.....
kerajaan perlu perbaiki banyak perkara jika ingin terus berkuasa.....
bukan sekadar guna polis dan media memburukkan orang lain..
ingat....
nothing last forever....
kerajaan turki uthmaniyah yang ditadbir penuh keadilan suatu masa dahulu pun punya expired date...
inikan pula...... ( sambung sendiri)
moga2 ada manfaat...
p/s : banyak ulama rancak berbahas mengeluarkan hukum BERSIH 2.0 kali ini... harap2nya untuk hukum-hukum kelab malam, loteri kebajikan, judi, arak.. mereka juga akan rancak berbahas.. jangan bila dibayar baru mahu bicara.....~ =)
Wednesday, June 22, 2011
walau siapa pun kita~
Jika anda bakal seorang ustaz atau ustazah kerana bidang anda, jadilah pendakwah yang berakhlak mulia beramal dengan apa yang dipelajari.
Jika anda bakal seorang doktor, jadilah doktor yang mengingatkan pesakit tentang solat dan nikmat kesihatan.
Jika anda bakal seorang arkitek, rekalah bangunan bercirikan Islamik kerana seorang arkitek yang beriman akan berfikir apakah tandas di dalam bangunan yang direkanya menghadap kiblat?
Jika anda bakal seorang jurutera, jadilah jurutera yang terus menunaikan solatnya walaupun sibuk di tapak projek dan sekalipun solat di celah-celah bangunan yang meninggi.
Jika anda bakal seorang juruterbang, sedarkanlah penumpang dengan menghayati awan biru dan gugusan bintang ciptaan Allah S.W.T.
Jika anda bakal seorang kaunselor, jadilah kaunselor yang berhikmah dalam memberi nasihat dan bicara yang mengingatkan kepada kekuasaan Allah S.W.T.
Jika anda bakal seorang pakar Bahasa Inggeris, gunakan kelebihan anda terutama kepada yang bukan Melayu berakidah tauhid yang berminat dengan Islam untuk mengenal Allah S.W.T.
Sesungguhnya, dalam bidang apa pun kita berada, kita hanyalah hamba Allah S.W.T, dan ilmu itu benar-benar berharga jika dengannya membuatkan kita merasa diri lebih menjadi 'seorang hamba'. =)
Jika anda bakal seorang doktor, jadilah doktor yang mengingatkan pesakit tentang solat dan nikmat kesihatan.
Jika anda bakal seorang arkitek, rekalah bangunan bercirikan Islamik kerana seorang arkitek yang beriman akan berfikir apakah tandas di dalam bangunan yang direkanya menghadap kiblat?
Jika anda bakal seorang jurutera, jadilah jurutera yang terus menunaikan solatnya walaupun sibuk di tapak projek dan sekalipun solat di celah-celah bangunan yang meninggi.
Jika anda bakal seorang juruterbang, sedarkanlah penumpang dengan menghayati awan biru dan gugusan bintang ciptaan Allah S.W.T.
Jika anda bakal seorang kaunselor, jadilah kaunselor yang berhikmah dalam memberi nasihat dan bicara yang mengingatkan kepada kekuasaan Allah S.W.T.
Jika anda bakal seorang pakar Bahasa Inggeris, gunakan kelebihan anda terutama kepada yang bukan Melayu berakidah tauhid yang berminat dengan Islam untuk mengenal Allah S.W.T.
Sesungguhnya, dalam bidang apa pun kita berada, kita hanyalah hamba Allah S.W.T, dan ilmu itu benar-benar berharga jika dengannya membuatkan kita merasa diri lebih menjadi 'seorang hamba'. =)
Sunday, June 5, 2011
kerja kosong~
Iklan Jawatan Kosong
TEMUDUGA JAWATAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR MAKHLUK ALLAH
KEHADIRAN:
SEMUA DIWAJIBKAN HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
Message:
Jawatan ini khas kepada sesiapa yang berminat menjadi calon jenazah!!!
KEKOSONGAN JAWATAN:
(A) Ahli Syurga Dari Awal
(b) Ahli Neraka Dari awal
(C) Ahli Neraka Sementara, Kemudian Dilantik Menjadi Ahli Syurga
GANJARAN KHAS (khas buat jawatan A sahaja):
1. Nikmat Kubur
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Ketika Meniti Titian Sirat
4. Ganjaran Syurga
TARIKH TEMUDUGA JAWATAN:
Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini
LOKASI TEMUDUGA JAWATAN:
Alam Barzakh (alam kubur)
KELAYAKAN:
Sila bawa dokumen asal: Iman, amalan anda dan sedekah jariah
PENEMUDUGA:
Mungkar Dan Nakir
SOALAN YANG DITANYA KETIKA DITEMUDUGA:
1) Siapa Tuhan Anda???
2) Siapa Nabi Anda???
3) Apa Agama Anda???
4) Apa Kitab Anda???
5) Dimana Kiblat Anda???
6) Siapa Saudara Anda???
CARA MEMOHON:
anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber datang menjemput anda... Penjemput berkenaan cuma berlembut pada orang yang tertentu dan bengis pada orang yang tertentu.
Nama Penjemput:
Izrail
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat anda.
Semoga anda berjaya dalam temuduga jawatan ini.
TEMUDUGA JAWATAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR MAKHLUK ALLAH
KEHADIRAN:
SEMUA DIWAJIBKAN HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
Message:
Jawatan ini khas kepada sesiapa yang berminat menjadi calon jenazah!!!
KEKOSONGAN JAWATAN:
(A) Ahli Syurga Dari Awal
(b) Ahli Neraka Dari awal
(C) Ahli Neraka Sementara, Kemudian Dilantik Menjadi Ahli Syurga
GANJARAN KHAS (khas buat jawatan A sahaja):
1. Nikmat Kubur
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Ketika Meniti Titian Sirat
4. Ganjaran Syurga
TARIKH TEMUDUGA JAWATAN:
Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini
LOKASI TEMUDUGA JAWATAN:
Alam Barzakh (alam kubur)
KELAYAKAN:
Sila bawa dokumen asal: Iman, amalan anda dan sedekah jariah
PENEMUDUGA:
Mungkar Dan Nakir
SOALAN YANG DITANYA KETIKA DITEMUDUGA:
1) Siapa Tuhan Anda???
2) Siapa Nabi Anda???
3) Apa Agama Anda???
4) Apa Kitab Anda???
5) Dimana Kiblat Anda???
6) Siapa Saudara Anda???
CARA MEMOHON:
anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber datang menjemput anda... Penjemput berkenaan cuma berlembut pada orang yang tertentu dan bengis pada orang yang tertentu.
Nama Penjemput:
Izrail
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat anda.
Semoga anda berjaya dalam temuduga jawatan ini.
selamat beramal~ =)
Saturday, June 4, 2011
membangun negara berkebajikan~
alhamdulillah..
setinggi2 pujian ke hadrat illahi
atas kurnia dan rahmatNya
muktamar PAS kali ini berjaya dilangsungkan..
tahniah kepada saf kepimpinan yang baru..
yg diterajui oleh ustaz abdul hadi awang..
timbalan barunya, mat sabu,
juga 3 naib presiden, salahuddin ayub, husam musa n mahfuz omar
media2 hari ini bicara soal berakhirnya kepimpinan ulama dengan pemilihan baru ini..
ramai bicara kerna menangnya Mat Sabu yg dianggap bukan dalam golongan ulama..
media kecoh kononnya golongan ulama diketepikan..
suara mereka dibenamkan..
namun hakikat sebenarnya bukan begitu...
mereka2 yg dipilih ini...
telah di didik, diasuh dengan fikrah dan haraki islamiyah...
di didik oleh golongan ulama...
jadi siapa2 sekalipun menang, kedudukan ulama tidak sedikitpun terjejas
kerna apa??
kerna PAS punya suatu sistem yang sangat indah..
yang mana meletakkan ulama pada suatu tempat yg tinggi..
yg membuat dan menentu dasar dalam PAS..
mereka punya Majlis Syura...
yg mane dianggotai oleh kepimpinan ulama..
dan juga mereka punya mursyidul am PAS..
moga2 dengan kepimpinan baru ini..
membuka dan dapat menarik ramai orang ke arah mencari redhaNya.
sama-sama kita bantu dalam memperjuang gerakan islam di tempat kita..
supaya bila ISLAM sudah bangkit nanti,
kita menjadi salah seorang yg bersama membantu dalam bangkitnya ISLAM.
bukan sekadar pemerhati yg menumpang pada kejayaan itu...
"MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN"
tuan guru abdul hadi awang
Mat Sabu
Monday, May 30, 2011
WARM + PE
semalam
29 mei 2011
dekat asrama mara
diadakan program WARM n Palestin Evergreen
anjuran PCI :)
ape nih WARM??
WARM nih singkatan bagi We Are Real Muslim
satu program utk mewujudkan biah solehah dalam kalangan budak2 medik kat sni.
program nih adalah program yg berterusan spanjang tahun
dan ade beberapa fasa..
skang dalam fasa ukhuwwah...
program nih sangat2 bagus..
payah rasenye nk dapat kat msia program2 camni
2nd program is Palestin Evergreen
yg nih mmg best la..
bicara soal nasib saudara2 di seberang sana
yg tidur xcukup,
mandi xbasah
makan xkenyang
demi membebaskan tanah Palestin tercinta
Ya ALLAH,
kau selamatkanlah saudara2 kami di Palestin
kau gentarkanlah hati-hati musuhMU,
kau turunkanlah bala bencana kepada mereka
kau tetapkanlah hati-hati kami dalam memperjuang agamaMu,
andai kami syahid,
kau tempatkanlah kami bersama para syuhada
moga ak, keluargaku dan sahabat-sahabatku
adalah mereka yg menyumbang pada pembebasan tanah Palestin yg suci.
Friday, May 20, 2011
splendiferous night~
18 mei 2011
batch tahun 2 IUMP alexandria university
or i-mumtaz batch
buat dinner dekat alex
untuk menghargai mereka2 yg cemerlang dalam sem 1 n 2
splendiferous night...
itulah nama diberi..
it was a nice n happening dinner..
first tyme buat dinner kat negara orang..
nice la bole challenge dinner kat msia...
smat2...
bukan senang nk buat dinner kat tmpat org..
anyway syabas kat sume penerima anugerah
n utk ajk2 yg bertungkus lumus untuk majlis nih..
moga2 ALLAH balas dengan ganjaran yg setimpal..
hopefully,
untuk dinner akan datang...
ak akan jd salah sorg penerima anugerah 2...
kat skola tyme f1 jek xdapat..
kat sini xpenah dapat lg...
moga2 ALLAH beri yg terbaek.. =)
dengan rummate lame tyme kat asrama dlu~
syababul hamas :) missing that moment~
team bola ak, LC =)
grup assignment n praktikal~
IKIP yeah =)
Monday, May 16, 2011
tudung~
“Tudung wanita itu ada empat.. tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”
Thursday, May 5, 2011
sanah helwa
sanah helwa
2 a good friend of mine
may ALLAH bless ur life
moga bertambah umur ini seiring dengan pertambahan amalan.
all the best in ur life.
may our frenship last forever..
=)
Saturday, April 23, 2011
terlupa~
alhamdulillah....
masih lagi bernafas kala ini...
masih lagi mampu melaksanakan tuntutan agama...
masih lagi mampu stdy..
alhamdulillah
sedikit perkongsian utk renungan kita bersama...
dalam surah al-ghashiyah, ayat yg ke 21
ALLAH berfirman yg maksudnya,
"maka berikanlah peringatan, kerana sesungguhnya engkau ( muhammad) hanyalah pemberi peringatan"..
dalam ayat ini ALLAH menyuruh nabi muhammad s.a.w memberi peringatan kepada umatnya.. kepada seluruh manusia di muka bumi ini...
kita adalah umat kepada nabi muhammad s.a.w..
jadi secara tidak langsung ayat ini ditujukan kepada kita..
bahawasanya,
tidak dapat tidak...
sebagai manusia yg juga muslim dan mukmin...
menjadi suatu keperluan juga kewajiban kepada kita...
untuk sama2 memberi peringatan antara satu sama lain...
sama2 menegur dan memperbetul kesilapan yg dilakukan..
supaya apa,
supaya hidup ini lebih indah
lebih tersusun dan semestinya,
untuk mencapai redhaNYA..
menjadi pimpinan bukanlah bererti kita menguasai segalanya..
tidak perlu menerima nasihat dan pandangan dari ahli2
sebaliknya,
seorang pemimpin yg baek adalah yg sentiasa berlapang dada..
menerima pandangan dan idea serta kritikan dari sahabat2 kita...
kerna kadangkala kritikan itu mematangkan diri kita...
terkadang seorang pemimpin terlalu ego...
lemas dalam harta, pangkat dan kekuasaan..
lantas tidak mahu menerima teguran mahupun kritikan dari ahli..
nah maka akhirnya apa yg terjadi??
tersungkur di depan kebangkitan rakyat...
jadi kepada pimpinan2 sekalian,
sentiasalah berlapang dada...
segala nasihat dan teguran yg diberikan itu ada hikmahnya..
bukan sekadar cakap2 kosong...
maka setiap teguran itu perlu dinilai semula..
di mana silap kita sehingga ditegur begitu..
bukan melenting xtentu pasal...
moga2 ada manfaat~
selamat menjalankan amanah utk ajk2 HAK sekalian.. :)
Friday, April 15, 2011
alhamdulillah~
alhamdulillah..
sepanjang dan setinggi2 kesyukuran kupanjatkan ke hadrat illahi..
atas kurniaNya yg pelbagai..
yang terlalu banyak.
hingga kadangkala membuat diri ini terleka....
terlena dalam dunia nikmat yg hanya sementara...
seminggu dua ini agak sibuk di iskandariyah..
macam2 aktiviti berlangsung...
alhamdulillah..
result juga sudah memunculkan diri..
setelah hampir 2 bulan menunggu dengan penuh kesabaran,.
alhamdulillah lulus semuanya...
sangat2 bersyukur.. sbb modul ni quite tough compare to others.
alhamdulillah ALLAH mudahkan segala urusan...
hari ini berlangsung majlis meraikan pengantin2 yg beru berkahwin ketika cuti winter + riot ari2..
barakallahukum..
moga kekal hingga ke syurga bak kata abg zainal...
kesemua 12 orang xsilap yg berkahwin...
alhamdulillah jodoh mereka sudah ketemu..
satu lagi program yg juga turut berlangsung harini...
program transisi kepimpinan PCI...
alhamdulillah...
secara rasmi sudah memegang amanah sebagai pimpinan di sini..
moga2 ALLAH bantu dalam menghadapi segala ujian dengan hati yang tenang...
bakal mengharungi minggu2 yg sibuk.. =)
moga dipermudah segalanya~
Thursday, April 7, 2011
video seks, di mana silapnya~
pilihan raya ke-10 sarawak semakin hampir..
parti2 bertanding semakin rancak menabur manifesto masing2,
dan terserah kepada rakyat utk memilih..
samada mengekalkan pemerintahan yg seusia bahkan mungkin lebig dari "hosni mubarak"..
atau memilih kepimpinan baru..
sama2 kita nantikan 16 april nnt..
bila ada pilihan raya, maka isu2 panas sudah tentu diutarakan..
jika PRK permatang pauh dahulu kecoh dengan isu sumpah laknat DSAI,
kali ini kes video seks pula menerjah kaca2 tv kita...
samada video ini suatu KONSPIRASI kotor kerajaan atau suatu KEBENARAN, kita sama2 nantikan keputusan nya...
dan ANDAI ini suatu KONSPIRASI kotor kerajaan utk memadam terus karier DSAI dari dunia politik, penulis merasakan ada beberapa kesilapan MAJOR yang dilakukan..
1) pemilihan dato' rahim tamby chik sebagai figure dalam kes ini.
siapa tidak kenal beliau??? pemimpin yg membangunkan melaka dengan begitu pesat mungkin ke hari ini.. namun sepanjang kepimpinan beliau dicemari dengan rasuah dan kes rogol... tidak bersih mungkin term yg sesuai... kerna beliau, maka agak goyang konspirasi ini utk dipercayai oleh rakyat terbanyak.. mungkin kalo orang yg merancang KONSPIRASI ini mengambil figure2 lain yg lebih bersih, mungkin kesetiaan pimpinan PKR sndiri goyang.. :)
2)video wujud hampir waktu pilihan raya.
persoalan mudah, mengapa sekarang? mengapa bilamana ada pilihan raya baru wujud kes2 pelik seperti ini?? sejarah membuktikan bilamana ada sahaja pilihan raya, pasti wujud perkara2 ini.. sekali mungkin rakyat terpedaya, namun utk kesekian kalinya, agak sukar utk rakyat mempercayainya.
3) Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai "watak utama"
sedangkan kes liwat beliau pada tahun 1998 pun banyak keraguan, inikan pula kes kedua kononnya.. ditambah pula dengan dakwaan liwat si saiful, maka perkara2 ini banyak kekurangan, banyak kesilapan dan perkara2 yg meragukan.. banyak yang bole dipertikai ditambah dengan ketidaktelusan pihak berautoriti..
4) video tersebar di youtube.
perkara ini menjadi mungkin kesalahan major dalam kes ini.. apabila video tersebar, nah rakyat terbanyak mampu menilai. kesilapan dalam video ini terlalu banyak. pada minit 0.04 ada tulisan thailand sedangkan dakwaan mengatakan video dirakam di kl... video juga dalam hitam putih dan tidak punya suara.
5) kenyataan dan pemilihan Dato' Johari
Dato Johari merupakan ahli pertama pembangkang yg menonton video ini kalo tidak salah. kesilapan yang dilakukan pihak ini adalah dengan mengumpan Dato Johari utk meninggalkan PKR dengan jaminan keluarga mereka akan selamat.. jaminan ini tidak termakan oleh beliau. dan pihak yg mengatur mungkin tersilap kerna memilih Dato Johari utk menjadi yg pertama melihat perkara i2.. mungkin kalo diminta ****, mungkin beliau termakan..
nah sesungguhnya terlalu banyak keraguan dalam kes ini.. selagi mana ketelusan pihak berautoriti dipertikai, selagi itu lah kebenaran tidak akan terbongkar... namun selama mane kebenaran itu disimpan, suatu masa suatu ketika akan terbongkar juga. kalaupun mungkin bukan di dunia ini, pasti akhirat itu sebaik2 tempat pengadilan.. ayuh bersama kita doakan moga yg hak itu tetap hak.. andai DSAI bersalah, biar ALLAH tunjukkan, dan andai segala yg berlaku ini suatu konspirasi, moga ALLAH laknat dan tunjukkan juga kebenarannya..
Thursday, March 24, 2011
DAVIX, Integomb
alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi atas keputusan SPM yg cemerlang buat warga integomb yang diumumkan semalam.. setinggi2 tahniah kepada DAVIX dan seluruh tenaga pengajar atas kejayan itu..
post ini khas untuk grup tautan kasih ak... grup yg diadakan atas tujuan utk merapatkan hubungan f1 n f3 tyme 2... huh~ macam2 ragam ade dok ngan budak2 nih.. program 3 ari jek.. but it was a nice n unforgettable memory~
n da 5 taun lbh berlalu.. alih2 da besar da budak2 nih.. huhu.. result spm dorg pun da kuar.. alhamdulillah najah kesemuanya... pasni dorg2 akan teruskan matlamat dan cita2 dorg.. ade yg nk jd doktor, engineer, n macam2..
harapan abang adalah korg terus sukses dalam apa juga bidang yg korg ceburi.. dan sntiasa menyumbang utk islam... moga2 ikatan yg telah terbina ini kekal utk selamanya.. it's been great 2 known u n u had been part of my life.. :) all the best~
paan, ketua yg nice gak ar..
jo, basketballer..
atan, budak genius
pai, PKP berkaliber~
n juga post nih tok the only budak f1 dalam dorm ak tyme ak f1, syafiq mazli.
tahniah pek atas kejayaan dalam spm.. go catch ur dream n be better than ur sister.. hehe.. :) jangan lpe kat abg suda... :) all the best in ur life~
Tuesday, March 22, 2011
malapetaka, malaysia
dunia hari ini sudah tidak selamat.. masakan tidak. pergilah ke negara mana sekalipun, bencana itu pasti ada. di negara-negara arab seperti di Mesir, Bahrain, Libya dan sebagainya kini sedang 'hangat' dengan slogan "irhal" bererti keluar@berundur.. ditujukan khas buat pemimpin2 yang zalim..
di christchurch pula, gempa melanda... kota lama i2 musnah ditelan alam. dan baru-baru ini jepun menerima musibah yang serupa.. gempa melanda. tsunami menyusul. ribuan terkorban dan ramai yang tidak dijumpai.. jepun musnah sama sekali akibat bencana itu. namun insya allah bakal pulih semula menjelang beberapa bulan. sejarah membuktikan mereka mampu bangkit dari pengeboman hiroshima dan nagasaki yang jauh lebih terok dari kali ini.
nah di malaysia pula apa bencana nya??? tidak lain dan tidak bukan.. isu panas, "FITNAH". isu yang diulang setiap kali menjelangnya pilihan raya... isu yang tidak akan ada penghujungnya selagi mana wujudnya seorang insan bernama ANWAR IBRAHIM...
bak kata seorang ustaz.. isu liwat meliwat ini bukan perkara mudah.. bukan bole senang2 bicara di mulut.. isu ini besar hukumnya di sisi islam.. sebaiknya kita yang memerhati ini tidak mudah membuat kesimpulan~
ak bukan ingin bicara siapa benar siapa tidak.. itu urusan mahkamah yang adil sepatutnya dan ALLAH sudah pasti, HAKIM yang paling adil.. namun andai sedara2 lihat di surat khabar, semakin hari semakin banyak percanggahan.. kes semakin tidak logik.. terlalu banyak keraguan. namun masih diteruskan.. bagaimana kesudahannya?? apakah anwar akan dipenjara sejurus sebelum PRU-13?? kita tunggu dan lihat..
baru2 ini juga kita disajikan dengan karikatur ultraman yang lari ketika tsunam di jepun. benar BH telah memohon maaf.. namun karikatur seperti itu tidak patut disiarkan ketika negara lain ditimpa musibah,.
rosmah juga membuat statement bahawasanya jepun dilanda tsunami kerna tidak menjaga alam sekitar.. nah apakah ini waja diucapkan oleh seorang yang mengaku "first lady"??? kalian fikir dan timbang2..
"Japan's earthquake and tsunami is a result of negligence in conducting environmental-friendly developments.
"To me, this is a lesson to other countries, that in everything they do or in whatever development they plan, they should study the surrounding environment and connect it with climate change and green technology," she told private news channel Astro Awani. -bicara seorang "first lady"
"To me, this is a lesson to other countries, that in everything they do or in whatever development they plan, they should study the surrounding environment and connect it with climate change and green technology," she told private news channel Astro Awani. -bicara seorang "first lady"
http://www.youtube.com/watch?v=zuMLtycp_0I. -link utk perkara itu-
mungkin bala dan musibah yang melanda malaysia hari ini bukan tsunami, bukan jug bencana alam.. namun musibah ketidaksensitifan kita pada maruah orang mahupun negara~ fikir2 dan nilai.
Friday, March 18, 2011
Bob Lokman~
bob lokman.. cucu tok kenali (seorang ulama tersohor)
Bob Lokman memberi alasan mengapa die memasuki PAS adalah kerana die melihat kepada sikap anaknya yang sedikit nakal dan dia sendiri hendak berubah ke arah yang lebih baik... ade benar katanya itu... sebab apa.. sbb nabi sndiri pernah bersabda yg maksudnya lebih kurang . "... andai kamu berkawan dengan si penjual minyak wangi maka kamu akan dapat wangian tersebut....... " pasti ramai yang tahu akan hadis nabi ini..
ada terbaca di sebuah surat khabar seseorang yg mengulas mengenai kemasukan Bob Lokman ke dalam PAS. dan nyata orang itu tidak setuju walaupun die mengatakan die xmenyebelahi mana2 pihak.. alasannya.. "ingt masuk PAS 2 bole bawak ke syurga ke?? ".. bagi ak sndiri.. kadang2, di pihak mana kita berada itu akan menentukan ke mana kita selepas ini.. kerna suasana akan sedikit sebanyak mempengaruhi kita.. dah kalau kita bergelumang dengan orang2 yang makan rasuah dan sebagainya, sedikit sebanyak tergugat juga iman kita.. walaupun kita tidak mengambil rasuah, namun nabi sndiri pernah bersabda dalam hadisnya mengenai 10 golongan yang akan ke neraka kerna arak..
nah, kalian sndiri bole membezakan baik dan buruk... fikir-fikir dan nilai baik buruknya.. jangan cepat melatah kerna sesuatu perkara. hidup perlu sntiasa berfikir... selamat beramal dan utk Bob Lokman, teruskan berubah ke arah yang lebih baik.. moga ALLAh mudahkan.. =)
Wednesday, March 16, 2011
istanbul,turkey
dari bursa nek feri sampai istanbul..
dalam 2 jam...
istanbul best gle..
banyak tmpat menarek..
antaranya masjid biru...
hagia sofia...
smpat jugak g ke fateh..
n ziarah makan mehmed fateh..
pahlawan hebat yang menakluk kota konstantinopel...
kalo di ankara,
attaturk disanjung...
tp kat istanbul.
fateh lebih disanjung tinggi...
Subscribe to:
Posts (Atom)