Sunday, March 4, 2012

MAT 8


2 MAC 2012

seawal jam 3.00 pagi sudah bangun.. bersiap utk ke kaherah.. untuk menghadiri Mensyuarat Agung Tahunan (MAT). julung2 kali pergi... terlambat sedikit bangun smpai kene call. =.=.. alhamdulillah akhirnya dalam 3.30 bergerak menuju ke cairo university.

sampai sana dalam lbh kurang kul 7.30 pagi. cuaca di pagi hari sangatlah menyejukkan.. sejuk yang xtau hendak diperkatakan bagaimana. seperti biasa, perwakilan alexandria mesti yang paling awal smpai sebab paling jauh.. perwakilan dari lain-lain muhafazah menyusul beberapa ketika kemudian.

tentatif program sedikit lari dek kerna mula lambat program. namun alhamdulillah semua perwakilan dapat sampai dan majlis berjalan lancar.

sesi dimulakan dengan ucapan dasar presiden sesi lepas. dan kemudian beralih kepada sesi muhasabah. sesi di mana ajkt pusat disoal oleh siapa2.. disoal mengenai gerak kerja yang telah dilaksanakan selama setahun. menarik bagi ak sesi nh. ramai perwakilan bangun dan bertanya kepada biro-biro yang berkenaan. nampak gaya sesi kali ini bendahari kehormat paling banyak disoal. pertanyaan dan jawapan bersifat professional. ada la sikit2 emotional.. itu biasa. namun semua masih terkawal..

kemudia rehat utk laluan solat jumaat. bersambung pula pada sesi perbahasan usul. yang ini sangat menarik.. semua orang melontarkan pandangan dan idea masing2.. semua usul diluluskan. tp bukan dengan sokongan penuh. ada yang membantah. itu biasa. kalau semua menyokong maka plain la dunia nh..

dan akhirnya smpai ke alex dalam jam 11.30 malam.. balik dan terus tido.. dan MAT pada pertama kali ini sangat best.. dapat tgk perubahan pada suatu sistem. kalo dlu di sekolah mana ada perkara2 seperti ini. tiada sapa mempersoalkan kerja kita di hadapan kita.. bercakap di belakang itu yang banyak. dan terasa seolah2 di padang mahsyar nnt.. bagaimana ALLAH mempersoal setiap inci anggota dan setiap detik waktu. di mana dihabiskan dan digunakan.

buat akhirnya, semoga PERUBATAN terus unggul dalam menjalankan amanah memelihara kebersamaan dan kesatuan dalam kalangan ahli.. ~Ilmuan berbakti teguh sehati~

No comments:

Post a Comment