Wednesday, November 6, 2013

pasca cuti-cuti malaysia

minggu ini sudah masuk minggu ke 3 berada di bumi mesir. setelah bercuti di malaysia dalam lingkungan 2 bulan setengah.  di malaysia, not so many activities done. xbuat attachment walaupun surat da ad. only join 2 program AMT. gen 1 dan 2. alhamdulillah berjalan lancar despite ade few problems. adat la berprogram. mana ada yang smooth all the way kan.

dapat offer dari uitm. setelah apply utk sambung ke sana. due to egypt current condition. my batch xramai yg pndah. dalam 15-20 orang macam tu. batch junior ramai. overall dalam 200++ jugak yg smbg ke india/malaysia. lain2 masih meneguhkan hati utk blaja di bumi barakah ini.

me? actullay isi borang offer tu pn atas nasihat ummi dan ayah. n bila da dapat tu jadi serba salah pulak. pulang ke mesir, tgk suasana, tgk bacaan politik di mesir, dan mohon ALLAH tunjukkan jalan.

insya ALLAH moga2 pilihan utk terus stay di bumi mesir ini adalah pilihan yg terbaik. dan dapat meneruskan serta menamatkan pengajian 2 taun lg insya ALLAH.


*********************************************************************************

dalam hidup ini begitu, mana2 pun akan ad persimpangan yg perlu ditempuh. soalnya samada berani membuat pilihan atau tidak. dan setelah membuat pilihan, maka perlu redha. moga ALLAH bantu dan tunjuk jalan yg terbaik.

dan bila sudah memilih, tiada istilah patah balik. perlu teruskan. doa dan tawakal perlu padu. moga ALLAH sentiasa guide dalam mengharungi cabaran.

moga tarbiyah di bumi mesir ini berterusan sehingga ke hari grad nnt. skarang sudah punya amanah baru. menjadi naqib. moga ALLAH guide throughout this journey n may ALLAH bless all of us. :)

Wednesday, September 4, 2013

lingkungan

dalam hidup ini, kita punya pelbagai bentuk lingkungan yang berada di sekeliling kita. lingkungan yang menatijahkan sesuatu yang positif atau negatif. sejauh mana pun kita cuba utk melarikan diri daripada lingkungan kita, percaya lah kita tidak mampu. kita tidak mampu untuk hidup keseorangan.

baru-baru ini menghadiri Training of palestinian and syrian specialist (TOPSS). bersama dengan ikhwah2 dan akhawah2 dari seluruh dunia. berada bersama mereka2 yang cakna dengan isu2 semasa terutama isu palestin dan syria. mesir tidak terkecuali. walaupun pertama kali bertemu dengan mereka, terasa seolah wujud satu ikatan ukhuwwah bersama mereka.

melihat mereka sungguh menenangkan. sungguh dalam hadis menyebut yang mafhumnya berbunyi, sekiranya kita bersama pembuat minyak wangi, kita akan mendapat harumannya, dan seandainnya bersahabat dengan tukang besi, maka kita akan dapat tempias bara api.

juga dalam hidup ini kita berhadapan dengan lingkungan mereka2 yang tidak mahu kepada kebaikan, bahkan menggalakkan kita kepada perkara2 yang buruk. lantas pilihan di tangan kita, samada mahukan pada kebaikan atau keburukan. dan kita lah yang akan menanggung natijah kepada pilihan kita.

saya kira dalam kita bersahabat, kita perlu memilih. ada sahabat yang mampu membawa kita kepada yang lebih baik, maka kita teruskan. dan seandainya kita punya sahabat yang mengajak kepada kejahatan, maka tugas kita utk sama2 menarik mereka utk menjadi yang lebih baik.

terkadang dalam hidup ini, kita punya sifat riak, takabbur. rasa kita sahaja yang betul. pandangan dan pendapat orang laen kesemuanya salah. kita meminta orang berlapang dada terhadap kita, tapi kita tidak mampu berlapang dada dengan pandagan dan kritikan orang laen. ini bukan lah sifat dan sikap seorang pejuang di jalan ALLAH. seorang pejuang perlu mampu menerima kritikan orang laen.


dan akhirnya semua ini adalah pilihan kita. dalam lingkungan manakah kita mahu berada atau mencipta lingkungan itu sendiri? semuanya terletak pada iman yang ada pada kita.

05/09/13
0115
rumah

Wednesday, June 26, 2013

30 jun 2013

beberapa hari lagi menjelang 30 jun. tarikh yg mungkin tidak membawa apa-apa erti pada seisi dunia. tp bagi penduduk mesir, 30 jun merupakan tarikh penting. bersejarah dalam sejarah mesir kala ini.

30 jun 2013 adalah tarikh genap setahun pemerintahan dr morsi, presiden mesir pertama yang dipilih oleh rakyat. semenjak sekian lama diperintah oleh golongan kuku besi, namun setahun yg lepas semua nya berubah.

bermula dengan kejayaan thaurah sya3ab pada tarikh 25 januari, hari2 mendatang warga mesir khususnya menampakkan perubahan. baik mahupun yang buruk.

kejayaan revolusi rakyat membenamkan mubarak dan konco-konco nya tampak meyakinkan. namun satu persatu dugaan menjelma. kroni2 mubarak masih ramai yang berkuasa. mahkamah terutamanya. natijahnya? satu persatu kroni dibebaskan. sehingga ada yg berpendapat mubarak bakal dibebaskan dari segala tuduhan tidak lama lg. walaupun sudah terang, jelas akan kezalimannya.

sempat berada di bumi mesir ketika zaman mubarak dan skrang morsi, memang ada beberapa perbezaan ketara. kalau dahulunya, nk bercakap soal politik dengan warga mesir pun xboleh. dek kerana terlalu ramai spy2 mubarak. skarang lebih mudah. rakyat mampu bersuara. demokrasi dikembalikan.



setahun morsi memerintah, tidak banyak perubahan yang mampu dilakukan. masakan tidak, dewan rakyat dibubarkan, dewan senat juga turut dibubarkan, sumber ekonomi disekat dan yang lebih penting, pemikiran rakyat mesir yang tidak mahu berubah.

soal kebersihan, sampah semuanya diserahkan kepada presiden. anggapan mereka, morsi meletakkan janji 100 hari, maka dia yg perlu melaksanakannya. walhal hubungan pemerintah-rakyat merupakan hubungan dua hala. bukan sehala.

apa-apa pun yg bakal menjelma 30 jun 2013 ini, semoga ALLAH lindung mesir dan seisinya. dan yang paling penting, semoga perjuangan menegakkan islam di bumi barakah ini terus berkekalan.



tahyal misr! :)

Wednesday, April 17, 2013

bahang PRU 13

bahang pilihanraya umum (PRU 13) makin terasa selepas pembubaran parlimen malaysia dalam 2 minggu lepas. PRU kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah pilihanraya malaysia. banyak muka2 baru yg dipertaruhkan oleh kedua2 parti dan semestinya pertarungan sengit di beberapa kerusi panas.

sayangnya PRU kali ini, xdapat nk mengundi. sebab dok blajaq jauh beno. haha ade jugak sahabat2 yg sanggup balek semata2 untuk satu undi. saya salute!.

insya ALLAH moga2 yg terbaek utk malaysia. bak kata seorang senior,"jangan doa supaya PAS/BN menang, tp doa biar islam menang kat msia. :)

Saturday, February 9, 2013

day 3, ireland

DAY 3
Galway

setelah beberapa malam di dublin, arinh kiteorg bergerak ke galway. overnight kat sana utk ikut tour. ade beberapa tempat yg kiteorg g. hari ke 3 kiteorg bergerak k cliff of moher, salah sau dari 7 wonders of ireland. tempat nh mmg tinggi gila dari paras laut.

pagi2 otw tu hujan da stat turun. cam risau jgk takut2 xdapat naek, cam rugi bayar mahal2.  mula2 lalu kat kawasan kampung kat ireland nh. kawasan die mmg sangat cantik. patot la pn byk filem berlakon kat sini. rumput2 hijau luas terbentang, background gunung ganang n laut. scenery superb!

at the time smpai cliff of moher tu, alhamdulillah xhujan. tp angin bertiup memang kencang sangat. driver bas tu kata 90-100 km/h. mmg terbang2 la kiteorg nh. smpai kene merangkak nk naek atas. tp view dari atas tu. speechless. haha. mmg nice sangat. and at that point mmg terbayang betapa kekuasaan ALLAH nh mmg maha hebat. macam2 DIA boleh jadikan. tinggal kita jek nk ambil 'ibrah ke x. betol la kate naqib ak, ireland nh bumi penuh dengan 'ibrah.

malam tu tido dekat gallway. die sediakan hostel. mule2 cam hepi ingatkan kiteorg tido bertiga. skali masuk2. =.= ade orang laen skali. ade 3 katil double decker. yg cam xleh blah yg sebilik ngan kiteorg tu pompuan. hoho. yela sini bukan negara islam dorg kisah pe. kiteorg pun xterfikir psl mnde nh. maybe sbb mnde nh mmg xjadi kat mesir. so cam tido jela kat c2. malam g jalan2 tgk life kat galway.

di ireland nh xkira katne, malam mmg pub akan meriah la. tp disebabkan esk tu keje, so cam xde sgt la orang mabuk. just orang datang enjoy2.

the day after that kiteorg ke connemara n cong. =)

Monday, January 28, 2013

day 2 ireland

Day 2, wicklow

hari nh kami menjelajah ke kawasan bernama wicklow. 1 jam lebih dari dublin. perancangan sedikit terjejas sbb teksi lambat smpai. tp disebabkan kiteorg ramai alhamdulillah xterlepas bas. ramai jgk yg ikut arinh. kawan2 adik pn follow psal dorg xpnah smpai lg kawasan nh.

wicklow nh kawasan die mmg cantik. byk filem2 buat kat sini. antara yg femes adalah p.s. i love u dan braveheart. mmg nature kat sini nice gile nk buat filem or nk amk2 gambar.

sepanjang perjalanan, driver bas merangkap tour guide kiteorg bercerita pasal ireland. shamrock leave, ireland n northern ireland, n byk lg. banyak ilmu baru dapat arinih.

cuma arinh cuaca kurang baek. windy plus hujan2 sket. sejuk mmg tahap tertinggi. n kiteorg xdapat nk naek tgk waterfall n tmpat p.s. i love u nye filem. anyway bawah tu pn da cukup cantik scenery die. alhamdulillah.

then gerak g glendarough (xtau camane nk eja) tasik di antara 2 gunung. mmg cantik gila scenery dia. hoho. arinh byk spend masa tgk2 scenery. malam g beli barang2 jap then makan kat rumah pakcik ustak.











esk IA akan ke cliff of moher. 2 ari tour. moga2 dipermudahkan sgala urusan. :)

Saturday, January 26, 2013

day 1 ireland

DAY 1

Dublin

alhamdulillah, akhirnya sampai juga di bumi ireland. rasa macam xpercaya jek. :) pertama kali rasa travel sorg2 diri. disebabkan 2 orang lagi kawan xsama flight. sampai di airport dalam pukul 6.50 pg waktu ireland. alhamdulillah xterlepas flight.

imigresen kat ireland nh masya ALLAH leceh sangat nk lepas. macam2 kene tye. adik blaja mane, tarikh lahir adik bile, bape lame stay. smpai kene amk gambar bagai. =.= dah la sorg2, alhamdulillah lepas jugak. kuar2 kawan lama, rushdan ngan adik dah tggu. :)

sampai2 di ireland g rumah kawan sekelas, g makan die masak. perghh terbaek gila masak. thanx piah masakkan. :) then kiteorg g jalan2.

1st tmpat g trinity college, tmpat piah blaja. cantik die pnya building. style old school nye. scenery lawa. pastu masuk library dorg. yg nh mmg terbaek. macam dalam cter harry potter. tp sayang xleh amk gambar.

after that g jalan ke RCSI. college die xsecantik trinity la. hahaha. dalam tu g tgk nama wan azizah terpahat as one of the best student kat sana. bdak msia ade 2 orang jek pnah nama terpahat, die ngan ade sorg bdak 4th year skang, dapat anugerah sukan. salute sama dorg!

then g taman, jalan2. taman dia tu kalo tyme summer confirm lawa sbb tyme kiteorg g xde bunga sangat. hoho

sini gelap cepat gila. kul 5 dah gelap. so malam tu g jalan2 city jap, then makan n lepak kat rumah member.

insya ALLAH arini nh g trip ke wicklow, kawasan waterfall. :)









Thursday, January 24, 2013

:)

sekian lama blog tidak berupdate. baru masuk klinikal year. agak sibuk berbanding pre-clinical tp fun. dan juga amanah sbgi Bendahari PCI perlu dilaksanakan. insya ALLAH bakal tamat sesi 15 februari ini. moga2 dipermudahkan segala urusan.

dan kini, bakal bermusafir di bumi ireland. bumi yg tidak kurang hebatnya dari sudut tarbiyah dan dakwah. moga dapat diambil seberapa mampu 'ibrah di sana utk dijadikan pedoman dalam mengharungi hari2 mendatang.

selamat bercuti semua. manfaatkan sebaiknya dan moga ALLAH redha. :)